17Januari2021

Agenda Daily

PRU14: MIC mahu bertanding sembilan kerusi Parlimen, 19 DUN

MIC menyatakan hasrat untuk bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Presidennya Dr S Subramaniam berkata keputusan pengagihan kerusi t?ersebut masih dalam perbincangan bersama Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Najib Razak.

“Kita akan berbincang dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) dan ada ?kemungkinan kerusi MIC akan dipindahkan ke kawasan lain,” katanya dalam sidang media bersempena Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad.

Pada PRU13, BN memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang ?dipertandingkan dengan MIC menyumbangkan empat kerusi.

Terdahulu, Dr Subramaniam dalam ucapan dasarnya berkata melalui 11 Pelan ?Tindakan Pembangunan MIC, parti itu kini dalam proses mendekati masyarakat melalui pelbagai program dengan keutamaan kepada isu berkaitan generasi muda atau belia.

Ini termasuk cadangan menubuhkan 500 cawangan baharu dengan kesemuanya diketuai siswazah sebelum penghujung Disember 2016, sebagai sebahagian daripada program peremajaan parti seiring keadaan politik semasa.

Dr Subramanian yang juga Menteri Kesihatan berkata BN juga perlu melabur l?ebih banyak dalam mengukuhkan penggunaan media sosial dalam memerangi persaingan persepsi pada PRU14 nanti.

Menyifatkan pilihan raya umum akan datang sebagai ‘ibu segala pilihan raya ?umum”, beliau mahu transformasi dalam semangat BN dilaksanakan untuk mengukuhkan konsep perkongsian kuasa antara pelbagai kaum bagi mempertahankan gabungan kepimpinan yang sudah 60 tahun mentadbir negara.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam dalam ucapannya turut membangkitkan peluang ?masyarakat India dalam sektor awam yang disifatkan belum menunjukkan perubahan walaupun perdana menteri telah meluluskan 1,500 jawatan tetap bagi kaum itu tahun lepas.

“Sehingga kini tiada pelantikan dapat dibuat kerana Suruhanjaya Perkhidmatan ?Awam (SPA) berkata tidak wujud keperluan untuk jawatan itu,” katanya.

Presiden MIC itu turut menyentuh isu-isu pendidikan, peluang pekerjaan, ?perumahan, perniagaan mikro, penambahbaikan latihan kemahiran, kesihatan dan bantuan sosio-psikologi.-17/10/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 608  tetamu dalam talian