17Januari2021

Agenda Daily

Pemimpin dua kem dalam MIC mengadap Najib bincang penyatuan

Krisis dalaman MIC menyebabkan lebih 600,000 ahlinya yang berpecah dua bakal disatukan berikutan pertemuan yang dilakukan antara Presiden parti, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, pemimpin kem Datuk Seri G. Palanivel, iaitu Datuk S. Sothinathan, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut akhbar, Malaysia Nanban, pertemuan yang diadakan secara berasingan dengan Najib itu bertujuan menyatukan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Sumber BN dikatakan Najib mengesahkan pertemuannya dengan kedua-dua pemimpin itu dalam mesyuarat Komponen BN semalam yang mana keadaan semasa MIC turut dibangkitkan dalam mesyuarat itu.

Najib dikatakan berpuas hati dengan inisiatif dan usaha pembaharuan yang dilaksanakan Subramaniam dalam MIC selepas mengambil alih kepimpinan parti tersebut.

Sumber BN itu juga mendakwa kem Palanivel bersedia untuk mengadakan pendamaian demi penyatuan komuniti dan parti India itu, serta kesejahteraan BN.

Difahamkan bahawa penyokong Palanivel bersetuju dengan inisiatif tersebut dan mewakilkan Sothinathan untuk berunding dengan Subramaniam bagi menamatkan krisis yang menyelubungi parti.

Sehubungan itu, Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan dijangka membuat pengumuman berkaitan perkara ini dalam masa terdekat.-26/9/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 448  tetamu dalam talian