20November2019

Agenda Daily

Lima pegawai Imigresen di KLIA ditahan kerana sabotaj myIMMS

Polis telah menahan lima pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Rabu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, mereka ditahan selepas disyaki terlibat bersama sindiket tertentu dalam kes sabotaj sistem Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

"Semalam kita tangkap lagi lima orang di KLIA dan operasi ini akan diteruskan untuk mengesan mereka yang terlibat lagi di luar sana," katanya.

Khalid juga mengesahkan beberapa dokumen yang berkaitan dengan kes tersebut turut dirampas.

"Kita akan siasat mereka dengan ambil keterangan dulu. kemudian barulah akan mengenal pasti siapa dalang di sebalik perbuatan ini," tegas lagi.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kira-kira 100 orang termasuk pegawai Jabatan Imigresen dan anggota sindiket disiasat pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dalam mensabotaj sistem myIMMs.

Katanya risikan PDRM dan Jabatan Imigresen mendapati sindiket itu menjalankan aktiviti mensabotaj sistem berkenaan kira-kira enam bulan hingga dua tahun dengan membocorkan data termasuk menggunakan nombor kod tertentu untuk disalah guna.

Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 menyatakan myIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas.-9/6/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 233  tetamu dalam talian