11November2019

Agenda Daily

Kes pelajar sokong kumpulan pengganas akan dibicarakan 26 Sept

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan lima hari bermula 26 September untuk perbicaraan kes seorang pelajar kolej di Kaherah, Mesir, yang didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas al-Qaeda (Jund Al Aqsa) dengan menjadi anggota kumpulan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah menetapkan tarikh itu pada sebutan kes Mohamad Hidayat Azman, 19, yang merupakan individu pertama didakwa terbabit dengan kegiatan al-Qaeda di negara ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan selepas Aidiladha bagi membolehkan saksi pendakwaan dari luar Kuala Lumpur hadir.

Peguam Ammira Marlini Abu Samah yang mewakili tertuduh tidak membantah permohonan Noor Syazwani.

Pada 12 Mei lepas, Hidayat, pelajar Kolej Markaz Salam di Hayyu Asyir, Kaherah, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasuki Syria bagi memberi sokongan kepada kumpulan pengganas al-Qaeda (Jund Al Aqsa) dengan menjadi anggota kumpulan pengganas itu.

Hidayat dari Kuala Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Perak didakwa melakukan kesalahan itu dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Syria antara 5 September 2014 hingga 1 September 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 130J kanun sama yang boleh dipenjarakan seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.-29/8/2016 *gambarhiasan

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 658  tetamu dalam talian