24September2020

Agenda Daily

Tidak ada calon menang percuma di Perak

Hampir kesemua kerusi yang yang dipertandingkan dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen di Perak menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Barisan Nasional (BN) , Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan tiket PKR dan PAS.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi BN negeri juga berkata tidak ada sebarang kerusi yang dimenangi oleh mana-mana calon secara menang tanpa bertanding.

Katanya, selain bertanding merebut kerusi Parlimen Lumut, beliau juga akan mempertahankan kerusi DUN Pangkor yang disandangnya penggal lalu dengan berdepan pencabarnya dari calon PH dan Pas.

``Biasanya pada PRU lalu, kawasan Pangkor dan Pasir Panjang kita pernah menghadapi tiga penjuru, iaitu antara pembangkang dan calon bebas. Cuma kali ini tidak ada calon bebas, sebaliknya hanya calon BN, PH dan Pas,” ujaranya.

Dr Zambry  turut berharap sepanjang tempoh berkempen ini tidak timbul sebarang isu yang boleh menyebabkan ketengangan keadaan di seluruh negeri.

“Sebagai Menteri Besar ‘caretaker’, soal keselamatan adalah penting bagi saya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak dan parti yang mementingkan soal keselamatan ketika proses penamaan calon dijalankan.

“Ini menunjukkan bahawa kita semua mahukan suasana yang aman dan tenteram dalam musim PRU ini,” katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon PRU14, di Manjung pada Sabtu. Hadir sama, calon DUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.-29/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 504  tetamu dalam talian