24September2020

Agenda Daily

Tanjung Malim bakal jadi bandar belia

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memungkiri janji yang dibuat kepada rakyat  di negeri ini.

Menurutnya dalam manifesto BN Perak yang dilancarkan sebelum ini ada menjanjikan usaha membantu golongan belia memiliki kediaman sekiranya BN terus diberi mandat mentadbir negeri ini.

 Katanya, Majlis Pecah Tanah Rumah Transit Belia 1MYC, Perak di Tapak Cadangan Rumah Transit Belia Tanjong Malim yang dilancarkan hari ini membuktikan bahawa BN telah berjaya mengotakan janji walaupun belum selesai Pilihan Raya Umum Ke-14.

 ``Tanjung Malim dipilih untuk wujudkan bukan hanya Rumah Transit Belia malah satu perancangan besar kepada anak-anak muda dan menjadikan kawasan ini sebagai bandar belia.

``Dan perkara ini adalah antara aku janji kita kepimpinan BN di Perak iaitu untuk membantu golongan belia memiliki rumah idaman.

``Tanjong Malim bakal menjadi bandar belia dengan pelbagai kemudahan dan ditambah lagi dengan Rumah Transit ini.

“Boleh lihat dari masa sekarang dan kemudian 5 tahun akan datang kepada 30 tahun akan datang satu perubahan yang besar,” katanya semasa berucap di majlis Pecah Tanah Rumah Transit Belia  di Tanjung Malim pada Ahad.

Menurut Dr Zambry, kawasan Tanjong Malim menjadi antara fokus utama untuk negeri Perak dalam aspek pembangunan.

``Apa yang rakyat dapat nikmati dari semua ini, itulah penekanan yang kita berikan kepada negeri Perak. Inilah peranan yang dimainkan oleh BN.

“Kita rancang sebaiknya. Kita janji kepada rakyat apa yang kita boleh laksanakan. Kita tak janji bulan dan bintang,” katanya lagi.

Sebanyak 308 unit Rumah Transit Belia 1MYC bakal dibina di Tanjong Malim.

Initiatif ini diwujudkan  bagi membantu golongan muda berpendapatan sederhana sebagai rumah transit (sewa) sehingga mampu memiliki kediaman sendiri.

Kaedah yang digunakan dimana penyewa akan membayar kadar sewa yang ditetapkan dimana separuh dari kadar itu akan ditabungkan dalam tempoh 5 tahun maksimum.

Apabila mereka keluar dari rumah transit berkenaan maka kerajaan akan menyerahkan semula wang tabungan dari nilai sewa dan ia kemudian boleh dijadikan sebagai deposit rumah kediaman di masa akan datang.-30/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 482  tetamu dalam talian