17Oktober2019

Ini rahsia Zambry mampu harungi jadual padat berkempen

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedah “rahsia” kemampuan sebenarnya dalam mengharungi jadual tugas yang padat dan ketat melawat kawasan bertemu rakyat  di negeri ini dalam tempoh musim PRU 14 ini.

Katanya, paling penting amalan pertama yang beliau selalu amalkan banyak berzikir dengan mengingati Allah dan bergerak dengan senyuman.

Namun begitu menurut Dr Zambry, beliau sentiasa memberi perhatian dalam soal penjagaan kesihatan dengan mengambil beberapa makanan tambahan berupa vitamin  bagi menambah stamina dan tenaga agar sentiasa cergas dan sihat.

``Saya bergerak dengan senyuman. Yang paling penting kita jangan terlalu tertekan. Berikan senyuman kepada rakyat.

“Jangan terlalu membawa hati yang kotor. Banyakkan berzikir dan mengingati Allah. Kerana itu yang akan membantu kita mengubati perasaan,” katanya kepada pemberita semasa  berkempen di Kampung Batu 4, Segari pada Rabu.

Ditanya mengenai kempennya, Dr Zambry berkata,  ia berjalan dengan baik walaupun kadang kala waktu program-program kempennya itu bermula seawal jam 4.00 pagi dan berkhir lewat pagi pada keesokkan harinya.

Menurut  DrZambry, lawatannya ke kawasan tersebut bukanlah kali pertama malah lebih kerap sehingga masyarakat setempat amat  selesa dan ramah ketika menyambut kehadirannya.

Antara kawasan yang dilawati Dr Zambry dalam kempennya bertemu rakyat ialah Segari, Kampung Damar Laut dan Kampung Tanjung Batu.

Beliau yang mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor seterusnya menjelaskan walaupun harus menempuhi jadual padat khususnya dalam tempoh berkempen namun, jika terdapat sedikit masa yang terluang, ianya akan diisi dengan aktiviti senaman.-3/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 265  tetamu dalam talian