16November2019

Agenda Daily

Syabas Nabil, banggo den!..

nabilxxAda orang tanya soalan ni, betul ke ada artis wanita tu nak masuk bertanding dalam PRU akan datang ni. Saya jawab, biarlah dia nak buat apapun, asal tak malukan diri sendiri. Buatlah apapun yang boleh mendatangkan kebaikan, bukan keaiban. Iya,  buatlah apa pun, asal tak meroyan. Jangan dari orang kasihan, bertukar jadi meluat.


Cuma kalau berjuang untuk sesuatu yang dirasakan betul, beranilah berdepan dengan  konsekuensesnya. Kerana sebagai artis mereka akan sentiasa ada pengikut. Jika perjuangan itu disukai pengikut akan puji, jika tidak, terimalah akibatnya.


Kerana dalam apapun, artis itu tetap seorang insan, seorang individu yang semestinya boleh berfikir dan tahu membuat pilihan. Tapi dalam pada itu, tidak kurang juga ada kalangan artis dan para penggiat seni yang jadi opportunist.


Dan, ramai juga yang pura-pura, tak berani menyatakan pendirian, tapi sokong dari belakang kerana takut bisnes terjejas. Dan ada juga yang ambil pendekatan, makan dua-dua belah sebab tidak mahu rugi dalam perniagaan.


Dalam ramai-ramai ini, saya puji pendirian Nabil. Dia bukan saja berani bahkan tegas dalam pendiriannya tentang mana yang dia sokong. Terutama selepas dia dikutuk oleh sesetengah peminatnya tentang pembabitannya dalam parodi Bangkang Dari Longkang. Selain Nabil, tampil sama dalam parodi tentang menabur janji itu adalah pelawak Salih Yaakob.


Cuma, bezanya pelawak senior Salih memilih untuk "surrender". Lepas kena hentam sebab terlibat dalam video Bangkang Dari Longkang itu Salih buat pengumuman nak bersara. Cuma saya tak berapa faham maksud bersaranya, kerana setiap hari dia masih ON di Sinar Pagi, Radio Sinar.


Tak tahulah maksud bersara itu sebenarnya setakat berlakon lawak pentas atau apa. Tapi, setahu saya, biasanya kalau artis sebut nak bersara, selalunya mereka tidak serius. Berapa ramai yang dah pernah kata nak bersara tapi masih ada sampai hari ni. Selalunya mereka kata bersara bila merajuk!


Hanya yang kita tak faham, apakah yang buat Salih merajuk, adakah kerana dia nyesal berlakon parodi itu yang semestinya dia boleh baca apa tindak balas bila berlakon begitu.


Steadylah. Tengok Nabil, dia tidak goyah sekalipun kena kutuk. Nabil tidak angkat bendera putih untuk serah diri dan mengaku menyesal berlakon parodi macam itu. Sebaliknya pulak dia bagi kenyataan bahawa apa yang dilakonkan itu berlaku. Itu kebenaran, kata Nabil.


Dia terang terang sokong kerajaan dan tidak takut untuk berdepan dengan cemuhan dan tohmahan semata-mata untuk memperjuangkan kebenaran.


Syabas Nabil, memang tak sia-sia menjadi pelawak muda yang boleh berfikir dan membuat keputusan. Tak ramai yang berani macam Nabil untuk mengaku kerana tidak mahu kena kutuk dan hilang peminat.


Tapi ini zaman orang boleh berfikir dengan rasional, bukan emosional. Untuk apa takut menyatakan kebenaran? Dan untuk apa takut hilang sokongan dan peminat? Jika kita berada di landasan yang betul dan jika punya bakat yang baik, orang akan bertambah suka kerana kita punya pendirian. Biarlah kalau yang lain mahu berpura-pura atau takut hilang sokongan, takut dicemuh peminat, tak apa. Sebab peminat dan orang ramai sekarang pun boleh fikir.


Syabas Nabil. Ekau memang membanggokan!!

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 809  tetamu dalam talian