07Disember2019

Agenda Daily

Steadylah SY...

altSELAMAT pengantin baru Salih Yaacob. Wah! Bukan main riang lagi sekarang ni. Apa tidaknya, dapat isteri muda darah Arab Ya Habibi. Pelajar tahun satu UiTM dalam jurusan perniagaan. Patutlah SY sekarang ni dah cakap pasal bisnes itu dan ini dan tengah timbang sama ada nak terus jadi Abang Jem dengan Radio Sinar.

Sekarang ni mana-mana pun orang bercakap tentang SY. Jiran saya yang kerja di syarikat Hitachi kata, tajuk paling panas di tempat kerjanya adalah tentang perkahwinan keempat SY. Dalam forum hiburan pun begitu. Ramai yang kutuk kerana SY tak patut kahwin budak baya anaknya. Kalau ikut sunnah Nabi, SY patut kahwin janda atau ibu tunggal, itu baru betul.

Saya tanyakan ini pada SY waktu telefonnya sehari lepas akad nikah. Dia sedang makan dengan isteri baru masa itu. Katanya, untuk rekod, isteri pertama dan keduanya semasa dinikahi dulu ada janda beranak satu. Jadi, tidak timbul soal tidak ikut sunnah Nabi.

ikon-catatan-odah-150xxx

Sebenarnya memanglah bukan semua orang boleh terima poligami. Tapi SY mampu dan sudah membuktikan dengan tiga bini-bininya. Dan dia tak pulak hidup hipokrit macam sesetengah orang yang depan nampak alim, tapi belakang, macam setan. Dan, SY pun buat cara betul, dia buat ikut hukum, hakam, tak sorok-sorok kahwin di Siam. Dan, sekalipun dalam forum ada orang label SY lelaki miang, tapi miang-miang pun dia buat cara sah. Kalau miang pun, dia tak langgan China doll pun!

Tak kisahlah komen-komen itu. Yang pasti SY berkahwin ikut pintu depan, bukan ikut jalan belakang. Jumpa ibubapa, bertunang dan menikah dengan restu keluarga masing-masing. Dan dia tidak pun bawak lari anak orang dan timbul huru hara seperti yang dibuat oleh seorang penyanyi yang lebih tua dari SY, dua tahun lalu. Penyanyi tahun 80an itu pun kahwin budak perempuan yang sebaya isteri keempat SY juga. Lepas itu pula penyanyi itu buat komen negatif kutuk golongan janda (sebab dia bangga pada usia kertunya dia dapat anak dara sunti!).

Ini bezanya dengan SY. Dia tak sakiti hati orang lain untuk ‘bukak cawangan” lantaran semua isteri-isteri memberi restu. Sebaliknya relaks saja buat kerja setiap pagi di stesen Radio Sinar di mana watak Abang Jem sangat hidup dan menceriakan pagi kita menempuh jam tatkala memandu di jalanraya.

Syabas SY, sebab jadi cerminan positif hidup berpoligami. Ini tanggungjawab besar juga sebab sudah tentu dia mahu tunjukkan yang terbaik sebagai seorang artis dan juga sebagai ketua keluarga, bukan hidup yang penuh skandal dan hipokrasi.

Minggu depan, SY dan Samihah Sheikh Ali juga ketiga-tiga isteri lain, Norliza, Norraha dan Norfara akan berlepas ke Beijing untuk rombongan bulan madu.

“Jangan terkejut dik, Abang bawak rombongan 18 orang yang terdiri dari isteri-isteri dan sebahagian anak-anak. Entahlah, tapi Abang rasa ini rombongan bulan madu paling besar sekali dalam sejarah bulan madu!” kata SY dalam temubual saya dengannya.-OLEH SAODAH ISMAIL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 375  tetamu dalam talian