16November2019

Agenda Daily

Sikit sikit buat PC, popular ke?

ikon-catatan-odah-150xxxHari ini saja dua nama tiba-tiba jadi popular. Bukan hebat kerana bakat lakonan sekalipun kerja kedua-duanya adalah berlakon. Hairannya, saya tidak kenal pun mereka.

Ada pelakon yang bila orang sebut nama saja, sudah nampak dalam kepala kita drama atau filem hebat mereka. Tapi dua nama ini, Afiq Muiz (lelaki) dan Eina Azman (perempuan) langsung tak tercalit dalam kotak ingatan saya. Penyanyikah? Pelakonkah? Pelawakkah? Tapi, sumpah, mati-mati saya ingat yang dia Bangla potong rumput kawasan rumah saya....

"Ada, mereka tu pelakon drama TV,'' kata seorang kawan.

Begitulah tak berbunyinya loceng ingatan di kepala saya. Kalau mereka pelakon drama kenapa saya tak kenal.? Bermakna tak ada langsung lakonan atau persembahan mereka yang meninggalkan kesan.  Otak kita menyimpan banyak memori bergambar, dan seringkali ia akan terbuka frame demi frame jika sesuatu peristiwa itu betul meninggalkan kesan.

Tapi Ahad, 14 Mei, tiba-tiba saja dua budak mentah ni melonjak jadi buah mulut orang. Bukan, bukan pasal mereka dapat masuk University Oxford, tak juga dapat tawaran Uwei Shaari tapi pasal buat sidang akhbar melahar mak sendiri! Ulang ye: Afiq buat sidang akhbar dengan cinta hatinya, Eina, melahar Puan Hasliza Mohd, 48. Hasliza adalah ibu kandung Afiq. Untuk pengetahuan Afiq umur 25, cinta hatinya Eina, baru 18 tahun!

Ikut laporan puncanya pasal duit. Afiq stop bagi duit pada ibunya dan  bukan itu saja,ikut laporan, sudah tak lagi duduk serumah dengan ibunya di Cheras. Jadi mak yang hati panas pun hantar sms dan Aqiq siap tayang sms itu pada wartawan. Lebih drama lagi, sidang akhbar yang dibuatnya disertai cinta hati Eina yang kembang kempis hidungnya menangis. Dan, oh ya, Eina ni siap menambah cuka pada kudis buta dengan memberikan  tempoh agar ibu Afiq mintak maaf kerana fitnah dia sebagai punca Afiq buruk perangai.

Walaupun kisah sebenar-benar kita tidak tahu mana yang betul, tapi kalau budak umur 18 tahun pun boleh mengata ibu pada kekasihnya begitu, saya tak kata Puan Hasliza tak betul. Bayangkan betapa pilu dan hancurnya hati seorang ibu menyaksikan anaknya sendiri menghentam dirinya di kaca tv. Bagi saya, ia hari  malang seorang ibu.

Tak usahkan ibu lain, kita pun jadi marah dengan sikap Eina yang lebih sudu dari kuah. Dia pulak yang lebih-lebih sedangkan, itu adalah ibu kandung kekasihnya. Kalau tak tahu bercakap menggunakan akal, lebih baik diam saja. Suatu hari nanti anda juga akan menjadi ibu.

Masa Eina menangis, saya baru teringat, eh, inilah artis yang juga keluar Melodi tak lama dulu dakwa dia kena tipu dengan Datuk gara-gara nak beli Mercedez. Jadi, bermakna,  sudah dua pelakon bernama  Eina ni keluar Melodi angkara orang menganiaya dia! Kononnya la..


Soalnya, perlukah buat sidang akhbar? Budak Afiq ni ada guna akal ke tidak? Kok iyapun ada masalah dengan mak pasal apa sekalipun, jadilah anak jantan dan settlekan dengan baik. Ibu mana yang tidak marah dan bengkak hati kalau baru kenal dunia glamour, baru pegang duit sikit sudah lupa diri. Saya tak boleh kata, baru kenal perempuan cantik sebab make-up tebal 18 inci bukanlah cantik bagi saya.

Afiq ni bukanlah budak lagi. Dah akhir baligh. Sudah boleh berfikir. Seburuk manapun orang tua kita, mereka adalah darah daging kita sendiri dan apa lagi syurga itu di telapa kaki ibu. Suatu hari bila timbul penyesalan, bimbang ia jadi terlewat pula.

Cukup-cukuplah membuka pekong dan meludah ke langit, tak jatuh ke mana pun. Kalaupun tak boleh jadi pelakon yang baik, jadilah anak yang baik.

Kepada Eina, kalau betullah dia ni cinta hati Afiq, tak payahlah mencucuh minyak pada api. Korang patutnya belajar dengan sorang lagi budak yang orang cukup respect, Najwa Latiff, walau bedak dia tak tebal macam tepung gomak, dia seorang yang ada pendirian. Bapa dia pernah tuduh dia anak derhaka. Tapi, Najwa ni anak baik, macam mana diasak pun pasal kes 'anak derhaka" dia tetap kata 'no komen" dan tidak mahu bawa cerita peribadi/dalam kain keluar. 

Boleh korang buat macam tu Afiq, Eina?Atau nak kena pergi masuk tadika balik?-20/5/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1087  tetamu dalam talian