13Ogos2020

Agenda Daily

Sharifah Aini dirawat di ICU kerana jangkitan paru-paru

sharifahxxvvPenyanyi wanita tersohor Malaysia Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini kerana jangkitan paru-paru.

Menurut satu kenyataan pada Selasa, Sharifah Aini yang genap 61 tahun esok, disahkan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lepas.

Konsultan Pakar Respiratori Datuk Dr Zainuddin Md Zain, yang merawat beliau, berkata situasi itu jarang berlaku dan menyebabkan paru-paru hilang kekenyalan atau berparut akibat penebalan tisu perantara.

"Penyanyi itu dibawa ke hospital oleh anak lelakinya, Aliff Omar Ali pagi semalam apabila beliau menghadapi kesukaran bernafas," menurut kenyatan itu.

Terkenal dengan lagu 'Seri Dewi Malam', Sharifah Aini dilaporkan stabil namun dinasihat tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga.

Beliau memulakan kerjaya sebagai penyanyi selepas memenangi Pertandingan Juara Bintang RTS (Radio Televisyen Singapura) menerusi lagu 'Tiga Malam' pada 1968.

Sharifah Aini dianugerah 'Biduanita Negara' iaitu gelaran tertinggi negara untuk penyanyi wanita sebagai menghargai sumbangannya kepada industri muzik, rakyat dan negara.

Penyanyi era 70-an itu menerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN), yang membawa gelaran 'Datuk', daripada Kerajaan Persekutuan pada Jun 2003.-2/7/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 518  tetamu dalam talian