21November2019

Agenda Daily

Senjata Astro makan tuan....

ikon-catatan-odah-150xxxFILEM cinta yang meletup-letup, Ombak Rindu hanya capai kutipan RM11.2 juta. Kalau pawagam terus tayang hari tu, sudah tentu boleh sama dengan rekod filem tertinggi setakat ini, RM11.7 juta yang dicatat oleh KL Gangster. Sikit je lagi.

Tapi, malangnya, pawagam terus hentikan tayangan apabila filem arahan Osman Ali itu mula disiarkan melalui Astro First, saluran berbayar Astro. Rasanya untuk Ombak Rindu menyamai atau mungkin mengatasi rekod KL Gangster bukanlah sesuatu yang mustahil.

Ombak Rindu jadi fenomena, atas banyak perkara. Bukan saja kerana ceritanya (walaupun yang baca novel rasa tak puas dengan cerita dalam filem), bahkan kerana banyak faktor. Ada faktor Aaron Aziz, faktor sinematografi yang sesuai untuk sebuah filem cinta serta faktor lagunya yang sangat menusuk ciptaan komposer yang hanya dikenali dengan nama Nurzaidi. Semua ini telah membantu Osman.

Buat saya, ia berjaya bukan sekadar semua faktor itu tetapi juga kerana ia telah membawa kita keluar dari zon cerita hantu yang sudah sampai tahap maksimum muaknya. Sudah sudahlah buat cerita hantu seram ni sejak Shuhaimi Baba berjaya dengan Pontianak Harum Sundal Malam, kasar pula kutipannya (waktu itu), semua orang jadi zombie. Dalam kepala cuma nak buat cerita hantu, baik di pawagam mahupun TV. Hinggakan tidak memberi ruang untuk genre lain dari hantu. Dan, sebab itu, apabila Osman sajikan Ombak Rindu, ia dapat sambutan besar.

Sebab itu, jika Ombak Rindu masih di pawagam, ia masih boleh dapat sambutan. Dalam twitter pun masih ramai yang sebut-sebut dialog dan babak Izzah dan Haris. Masih ramai yang ingat lakonan mantap Zaidi Omar, masih ramai yang boleh menangis apabila Haris jumpa Izzah di kaki tangga kelas mengaji.

Sebab ia masih dapat sambutanlah, serentak pada hari pertama Astro First tayang filem terbitan Astro Shaw ini, ia juga dapat ditonton melalui youtube. Belum sampai sehari, lebih 100,000  orang telah berbuat begitu (mengdownload), dan paling tragis, ia dimuatturun untuk VCD dan DVD. Pakar-pakar cetak rompak senyum lebar. Pada minggu itu juga Ombak Rindu laris di pasar-pasar malam. Tauke-tauke kedai VCD dam DVD gelak besar.

Jadi, di mana cirri-ciri keselamatan yang Astro, ketika para penenerbit filem, terutama Datuk Yusuf Haslam membantah saluran Astro First. Saya ingat lagi Astro ada sebut yang ia ada ciri-ciri keselamatan, jadi orang tidak boleh copy filem-filem baru yang ditayangkan di saluran itu. Katanya, ciri-ciri keselamatan itu sangat canggih dan mustahil orang boleh download.

Jadi, di manakah ciri-ciri keselamatan canggih manggih yang dijanjikan itu? Sebenarnya, ini hanya janji kosong, sama seperti Astro menawakan pelanggan Beyond kononnya tidak akan berlaku halangan “no service” apabila hujan dan rebut petir. Hakikatnya, yang ado?

Saya rasa Astro Shaw dan rakan kongsinya untuk filem ini, Tarantella Pictures, tentu boleh faham kemarahan dan ketidak puasan hati pengusaha filem tempatan dalam bab Astro First ini. Ylah, Astro First bunuh industri sendiri dan galakkan cetak rompak untuk hidup segar.

Hari ini, tanpa ke pawagam dan tidak payah pelanggan Astro First, orang ramai di segenap pelusuk tanah air boleh tonton Ombak Rindu dengan hanya bayar RM4 ke RM5 untuk sekeping VCD.-13/1/2012

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 324  tetamu dalam talian