14Disember2019

Agenda Daily

Saya tidak tinggal serumah dengan Tiz...

BENARKAH Remy Ishak dan Tiz Zakyah sudah beli rumah bersama dan kini tinggal serumah? Inilah cerita terbaru yang berligar tentang hero, tall dark and handsome, itu yang sekarang ini menjadi jurucakap bagi Dashing Malaysia, selama dua tahun.

Remy sewaktu dihubungi Khamis petang, menganggap cerita-cerita yang keterlaluan tentang dia dan heroin Nur Kasih itu sudah agak keterlaluan sehingga menjadi fitnah pula pada mereka berdua.

 ‘Gosip pun mestilah ada batasnya. Tapi tolonglah, berhenti tabor fitnah.Saya tahu sejauh mana berita itu dikatakan sebagai gossip dan saya sedar ini berlaku dalam dunia hiburan, tetapi usahlah sampai melampau batas dan mencemarkan nama baik kerana kami masing-masing punya keluarga,” katanya.

 “Memang ada pelbagai cerita tentang kami, kononnya kami sudah beli rumah bersama dan akan berkahwin. Itu boleh diterima, walaupun tidak benar, tapi kalau kata kami tinggal serumah, ia sudah keterlaluan,” cerita Remy yang menganggap cerita seumpama itu bukan saja menjejaskan reputasi mereka bahkan mengaibkan keluarga masing-masing.

Menurut Remy, dia minta supaya mereka yang menulis cerita berbentuk fitnah itu menghentikannya kerana ia sudah tentu menjejaskan maruah dan nama baik keluarga dia dan Tiz.

“Keluarga saya selalu datang dan duduk dengan saya. Emak saya pun sering duduk dengan saya bila saya ada shooting atau tidak. Sebab itu cerita-cerita seperti itu tidak mengganggu keluarga saya kerana mereka tahu saya. Tapi bayangkan bagaimana keluarga Tiz menerima cerita seperti itu,” ujarnya.

“Saya bukannya tidak berakal. Saya sudah masuk bidang ini, orang kenal saya. Saya rasa sudah tiba masa orang melihat keraj saya, bukan bercakap tentang benda-benda yang tidak berasas,” tambahnya.

Khabarnya, ada beberapa wartawan hiburan memboikotnya ketika ini. Bila ditanya soal boikot itu Remy kata dia tidak tahu. Boikot atau tidak, Remy sekarang ini, mempunyai kelab peminat, melalui facebook yang dikendalikan oleh peminatnya. Kelab itu baru-baru ini mengadakan sambutan harijadinya ke 29 yang jaruh oada 11 April lalu.

“Tentang boikot, tidak tahulah, rasanya tidak ada boikot. Kalau ada saya tidak tahu sebab saya rasa biasa saja. Selama ini pun bila wartawan tanya, saya jawab dan saya pun tak pernah larid ari wartawan. Saya ni jenis fokus pada kerja lakon,” ujarnya yang ketika ini sedang ‘standby” untuk promosi filem terbaru lakonannya, Nur Kasih The Movie yang berada di pawagam beberapa hari lagi.

Kata Remy, sekalipun menyedari ia adalah warna-warni dalam industri hiburan, tetapi ada kalanya dia rimas bila kerap diajukan soalan tentang gossip dengan artis wanita. Sebelum ini Maya Karin dan terdahulu Umi Nazeerah.

“Saya tidak boleh halang mereka nak tanya apapun, tapi ye, memang merimaskan, tapi selalunya saya terima secara positif. Saya tahu bila kita popular, semua yang dilakukan jadi perhatian, tapi janganlah sampai jadi fitnah,” katanya.-12/5/2011

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 418  tetamu dalam talian