15November2019

Agenda Daily

Sampai bila ASTRO perah kita ni...?

ikon-catatan-odah-150xxxLepas gula naik, tetiba Astro pun naik. Mulai 24 November ini bila Astro kita bertambah. Sekitar RM2 hingga RM6; iaitu bagi yang ambil Pakej Keluarga, tambahan RM2 manakala tambahan RM6 untuk Pakej Sukan.

Apa kaitannya gula dengan Astro? Mungkin dulang yang dia pasang atas rumah kita itu ada campuran gula pasir. Mungkin nak bagi kakitangannya buat sarikata lebih kow untuk kita berbanding yang ada sekarang (match maker - tukang buat perlawanan?).

Jadi mereka perlu sengkang mata dengan kopi O dan gula yang lebih. Gitu kot...

Apa juga alasannya ini bukan sesuatu yang lucu, tapi menaikkan kemarahan kita yang rata-rata adalah pelanggan Astro. Kerana sama ada asuka atau tidak, kebanyakan kita sudah menjadi pelanggannya, bukan kerana suka, tapi terpaksa.

Sekalipun untuk tonton TV swasta seperti TV3 dan AlHijrah dan TV Kerajaan, semuanya ada dalam Astro dengan gambar yang jauh lebih baik. Okay, untuk itu, tidak mengapalah kita melanggan kerana mahu dapatkan gambar yang jauh lebih baik. Itu kita boleh terima.

Lepas bertahun-tahun jadi pelanggan, tak tau nak kata apakah Astro ini bagus. Sebab tak ada stesen berbayar eksklusif lain yang nak dibandingkan. Gila. Ia stesen MONOPOLI. Satu je. Tapi yang pasti iklan dan ulantayang dan recycyle content sangatlah tinggi kak oi. Konon, "atas permintaan ramai" maka diulanglah cerita dan program yang sama berulangkali.

Bukan saja dapat hak monopoli sebagai stesen berbayar, hak untuk EPL (English Premiere League) pun mereka punya. Ramai kita yang fikir, lantaklah, EPL aku tak kisah. Tapi, kena kisah sebab mungkin kerana EPL juga kita ni dibebeankan oleh

Astro untuk bayar jumlah yang sudah dilaburkan untuk dapat EPL itu. Cuba fikir, sebab nak bayar untuk EPL bukan kecik anak. Mana nak cover balik duit kalau tak diperah dari saku pelanggan?

Kadang kadang kita jadi keliru dengan dasar Kerajaan. Sifir bodoh pun boleh bagi kita jawapan yang cara memberikan hak hanya pada satu pihak, yang kita panggil MONOPOLI hanya menjadikan syarikat itu tukang buli.

Mereka boleh buat sesuka hati sesbab tak ada saingan. Burukpun orang terpaksa terima. Nak kata apa, mereka satu-satunya, Gitulah Astro ni. Mereka nak naik sesuka hati setiap tahun pun itu mak bapak mereka punya hak. Dah, mereka monopoli. Yang sakit adalah orang ramai semacam kita.

Pada hal, kalau kerajaan bagi lesen pada satu atau dua lagi syarikat untuk stesen berbayar eksklusif ini, tentulah tak jadi macam ini. Tentu Astro tidak dengan sombong dan rakusnya naikkan bila sesuka anak tekak dia.

Tentu kita tak payah mengeluh pasal iklan, pasal no service masa hujan (kadang belum hujan pun baru mukadimmah kat langit, sudah gelap tak ada siaran), pasal recycle content dan banyak lagi..

Tengoklah dalam dunia telekomunikasi, mana ada monopoli. Ada Celcom, Maxis dan Digi. Barulah ada saingan untuk beri yang terbaik dan orang ramai dapat manfaatnya.

Tapi dengan Astro sebagai stesen berbayar yang MONOPOLI, apa manfaatnya?

Mungkinlah mereka tolong kempen masa pilihanraya, tapi bukankah itu peranan dan tanggungjawab mereka untuk memastikan kestabilan dan keamanan, dan turut juga dilakukan oleh stesen lain - stesen Kerajaan dan stesen swasta negara ini.

Dan jangan lupa, pada masa yang sama juga kita kena layan iklan yang sama banyaknya macam free to air TV.Eksklusif ke kalau sudah banyak iklan? Sudahlah dengan pengiklan pun dia dapat untung, dengan pelanggan pun dia sapu sekali.

24 November ini tambahan RM2 hingga RM6. Esok lusa bagaimana? Enam bulan lagi? Setahun lagi? Apa jaminan yang mereka takkan naik lagi selepas ini.

Pada akhirnya, yang terpaksa menanggung semuanya adalah orang ramai.

Jadi, tolonglah wahai pihak yang berwajib, sampai bila cerita ini perlu diulang? Jika kerajaan benar telus dan sayangkan rakyat dan tidak mahu kita dibebani dengan kenaikan yang sudah sedia ada, jangan lupa pada janji. Perlukah Astro ini diberi monopoli sepenuhnya?

Bukankah rakyat yang didahulukan?-11/11/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 255  tetamu dalam talian