11Disember2019

Agenda Daily

Rozita Che Wan lepas ni cite apa pulak?

ADA banyak cara untuk popular dan banyak juga taktik yang dilakukan untuk terus kekal popular, atau sekurang-kurangnya sentiasa ada dalam ingatan peminat.Selalu mesti ada cerita dalam suratkhabar!

Ada yang guna fan club macam dalam laman sosial facebook. Ramai artis muda hari ini ada kelab peminat dalam facebook.

Itu cara orang moden yang banyak digunakan artis muda hari ini untuk popularkan diri. Tapi betapa moden pun, cara konvensyenal masih lebih berkesan. Seperti memasak, walau guna blender lebih laju, tapi sedap lagi jika digiling sendiri. Itulah umpamanya.

Ini bukan nak cerita pasal masak, tapi untuk bagi faham dengan lebih jelas apa yang artis kita sanggup buat untuk kekal popular. Macam kisah artis seksi Rozita Che Wan. Mula-mula dulu dia a cerita pasal kena kanser, lepas itu sudah pulih pulak (senangnya). Saya harap ia bukan cerita rekaan, yelah bab sakit kronik ni tak boleh main-main.

Alkisah lepas hilang cerita kanser,  dia bagi tahu nak bersara. Dia kata dia ada sekian-sekian masa saja, lepas itu dah nak pencen. Tu dia, baru jadi artis setahun jagung tak sampai, dah umum pencen. Seingat saya, artis veteran lain yang berpuluh tahun berlakon dan lepas itu dah tak mahu berlakonpun, tak ada yang keluar kenyataan bagi tahu dia nak pencen. Tapi Rozita, yang berlakon drama tak seberapa banyak tu, boleh buat kenyataan pasal nak pencen. Dahsyat kan?

Punyelah nak pencen sampaikan bila ada wartawan nak mintak komen pasal apa-apa isu. dia kata dia dah tak boleh cakap dengan press sebab dah pencen. Tapi tup tup beberapa bulan lepas tu dia kata tak jadi pencen!

Dan sekarang, lepas tamat cerita pencen, keluar pulak cerita bercinta dengan budak Shahir. Sebelum ni pun ada dikaitkan dengan sorang lagi artis muda yang sekarang ni dah pun kahwin. Adoi, Rozita,  tak habis-habis bikin story sendiri. Lepas ini entah apa pulak..

Tak penat ke buat skrip sendiri? Cukup-cukuplah tu, dah banyak benar cerita cerinti, tak tahu mana satu yang betul. Bukanlah nak salahkan Rozita seratus peratus sebab glamour ada kalanya buat artis kita lupa dan keliru. Mana satu keutamaan, diri atau kerja seni. Nak buat drama atau nak berlakon drama.

Nasihat saya,  kalau betul dah tak jadi pencen, pergilah masuk kelak seni lakon atau isikan banyak masa dengan memperbaiki mutu lakonan sebab itulah senjata yang boleh jamin janda meletup ni dalam ingatan peminat sampai bila-bila,

Kerana teringin  juga nak tengok Rozita jadi “character actress’ dalam lakonan,  macam Azean Irdawaty. Sebab banyak drama Rozita berlakon ekspresi  muka macam tu macam tu aje….-19/5/2011

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 273  tetamu dalam talian