19November2019

Agenda Daily

Masalah besar ke kahwin paksa ni?

playboyxxMungkin saya naif atau mungkin tak ikut perkembangan. Tapi nak tau juga dan teringin nak bertanya pada stesen TV3, apakah sekarang ini jadi satu masalah besar pada negara disebabkan kahwin paksa? Bukan apalah, tapi dah nak sampai ke akhir tahun, tema drama yang sama untuk slot Akasia balik balik pasal  kahwin paksa. Bila berulang-ulang tu tentu ada sebab. Mana tau mungkin ia melibatkan bab keselamatan dalam negara. Kot kotlah ada agenda tersembunyi yang kita orang biasa ni tak nampak..kot la..

Atau, mungkin sudah tak ada idea atau paling teruk sekali, tema yang sama dipilih berulang-ulang kerana mereka sudah terlalu selesa hingga malas berfikir. Anda agak, mana satu?

Cuba renungkan sejenak. Hampir semua cerita yang dipaparkan sejak pertengahan tahun adalah kisah kahwin paksa. Dan semuanya melibatkan, kononnya, orang kaya. Heronya mesti pegang jawatan paling tinggi dalam syarikat sebuah keluarga mewah. Dan, heroine pulak selalunya anak orang kurang berada, orang kampung.

Sementara ada cerita yang lojik masuk akal, ada yang langsung tak boleh diterima. Malah membuatkan kita berfikir, apa punya produksi yang buat cerita sampah macam ini? Dan, apa punya badigol yang luluskan cerita seburuk ini? Dan, kita bercakap pasal stesen tv yang bukan baru. Yang punya pengalaman mengeluarkan filem juga dan tentunya orang yang menjaga bahagian drama ini bukan calang-calang juga.

Tapi betul ke mereka ini hebat (bahagian atau unit yang memilih dan menentukan drama apa yang lulus dan patut dibeli)? Betul ke hebat? Dan betul ke keluhan di kalangan penggiat industri tentang stesen TV - mereka yang tentukan cerita macam mana, siapa pelakon dan sebagainya. Dalam satu segi, kita boleh bersetuju juga dengan cara ini, kerena mereka yang lebih tahu apa yang penonton mahu/suka, kalau tak mereka tak layak duduk di situ, kerana mereka penilai yang terbaik. Sepatutnya.

Sehebat mana penilaian mereka? Mari kita tinjau dan kupas sedikit hasil yang tengah "on" dalam slot Akasia sekarang ni. Cerita berjudul, Playboy itu suamiku, adaptasi sebuah novel. Sekalipun yang baik dalam bentuk novel belum tentu baik di layar, namun ini (adaptasi novel) cukup digemari oleh TV3 . Ada baik dan ada buruknya.

Buruknya, adalah apabila novel itu gagal dipindahkan dalam bentuk drama.Terutama apabila watak yang digambarkan sekian sekian gagal diterjemahkan dalam bentuk lakonan. Inilah yang paling mengerikan bila melayarkan sebuah novel. Dan kejadian ngeri ini berlaku pada watak utama, iaitu lelaki yang kononnya jadi playboy; anak orang kaya uols! Kali pertama bila saya tertonton cerita, tak tertahan hati saya tergeletek dibuatnya.

Maaf, saya tidak ada masalah dengan pelakon tersebut tetapi alangkah malangnya dia menjadi watak Adrian, lelaki playboy dan koonnya anak orang kaya. Bukan saja dia langsung tak ada cutting playboy, bahkan jauh dari nampak macam anak orang kaya. Apalah haprak punya casting. Tak boleh bezakan di antara budak cuci kereta dengan playboy. Sebab yang pegang watak itu, macam budak basuh kereta dekat rumah saya. Lagi teruk, ada kawan pulak kata macam gayboy bila dia bukak mulut!!

Dengan tak ada potongan langsung sebagai anak orang kaya. Cakappun berterabur, tak ada style dan elegant. Kalau Johan Asari tu bolehlah jugak kita terima.

Tolonglah wahai pembuat drama sekelian. Ini bukan zaman dulu. Eh, zaman dulu pun punya produk pun lagi bagus. Cuba tengok filem P Ramlee, kalau orang kaya itu betul betul kaya digambarkan, drebar dan orang gaji ada uniform.

Hari ini, dalam dialog je berulang-ulang sebut kaya, tapi tak nampak langsung kayanya. Jangan kelentonglah nak buat watak orang kaya kalau watak isteri orang kaya sekadar pakai baju Jalan Kenangan dan Jalan TAR!

Sebab itu saya lebih suka tonton cerita drama Korea. Semuanya diambil kira. Jika watak keluarga orang kaya, serba seri, digambarkan dengan penuh kelas. Walaupun hanya drama dan bukan filem, tapi semua wajib diberi perhatian rapi dan teliti. Sebab kita berada di tahun 2013. Produksi drama juga haruslah selari dengan kemajuan minda penonton yang bukan boleh ditipu dengan baju Jalan Tar dan Jalan Kenanga untuk watak Datuk Sri atau isteri orang kaya.

Mungkin pihak produksi akan salahkan bajet. Tapi jangan kata pasal tak ada bajet, sebab kalau tak ada bajet, tak payahlah buat cerita pasal orang kaya. Ini, tidak, asal drama, semuaa nak buat cerita orang kaya, banglo berdengung ada kolam renang dalam rumah tapi Puan Sri tak ada orang gaji (nampak sangat tak ada bajet untuk watak dua atau tiga oran gaji).

Bagi saya ini bukan salah produksi saja, tapi salah pihak stesen TV juga yang tidak membuat penilaian teliti. Takkan tak semak produk yang dihantar sebelum diluluskan untuk siaran. Sebab mereka patutnya boleh reject mana yang tak kena.

Memang kena cerewet untuk dapatkan hasil yang baik. Mungkin sedikit remehlah, tapi inilah namanya tanggungjawab. Bukan buat kerja cincai. Kalau kerja cincai dan tak kisah, jadilah macam Tiz Zakiah pakai tudung saji dalam adegan Jodoh Itu Milik Kita.

Saya percaya dia tak pakai tudung saji, tapi pada mata kasar saya sebagai penonton, beliau seperti masukkan tudung saji tudung saji dalam baju untuk menggambarkan dia bunting. Setakat  tudung saji letak kat perut pun okay jugak, tapi ini, tudung saji betul betul bawah buah dada!!

Pada orang stesen TV dan penggiat industri di luar sana, seriuslah dan bertanggungjawablah pada kerja anda. Kalau anda tak serius dan tak ada kesungguhan pada kerja yang kononnya penuh seni ini, kita penonton pun tak serius dan tak rugi apa..

Sebab, dengan tema yang sama berulang-ulang, dan 'execution' yang cincai asal siap itu, anda fikir patutke kita tonton drama Melayu lagi??- OLEH SAODAH ISMAIL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 368  tetamu dalam talian