12Disember2019

Agenda Daily

Konsert Sweet Charity dan Blues Gang bakal gegarkan KL,JB

Ramli Sarip, memang tidak pernah kering tangan. Baru saja lepas mengadakan persembahan untuk para setiausaha, kini beliau merancang pula buat konsert bersama dua kumpulan yang pernah mencipta nama besar, Sweet Charity dan Blues Gang.

Sudah tentu ini berita baik buat semua peminat muzik '80-an, terutama peminat-peminat Ramli, Sweet Charity dan Blues Gang.

Rundingan untuk mengadakan konsert itu sudah sampai ke penghujung dan khabarnya konsert akan diadakan di dua tempat, satu di stadium di Kuala Lumpur dan satu lagi di Johor Bharu, bagi membolehkan peminat dari Singapura berhibur sama.

Konsert yang julung-julung kali menggabungkan dua kumpulan pop rock yang pernah terkenal di tahun-tahun '80-an itu bakal berlangsung pada Julai akan datang.

Sementara itu di Kuala Lumpur Selasa lalu, Ramli melancarkan album koleksi duetnya bersama Yayasan Basmi Kemiskinan.

Album itu diberi judul Kazanah Rimbunan Duet Klasik Ramli Sarip yang dikeluarkan oleh Warner Music. Ia memuatkan 22 lagu duet Ramli bersama artis-artis terkenal yang pernah menyanyi bersamanya.

Antara mereka Kathy, Fran, Jay Jay, Tan Sri SM Salim, Mawi, Jamal Abdillah dan Shima. Album itu juga memuatkan empat lagu baru yang dinyanyikan secara duet bersama Ana Razali, (Sayang Abah), Dayang Nur Faezah (Musafir Rindu) dan Keroncong D'Sape.

Ramli turut menyanyikan semula lagu Nyanyian Serambi bersama pelajar-pelajar Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan. Kesemua hasil jualan untuk album ini akan disalurkan ke Yayasan Basmi Kemiskinan.-3/5/2011- BHS

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 244  tetamu dalam talian