12Disember2019

Agenda Daily

Kisah pelakon terkilan dengan David Teoh

ikon-catatan-odah-150xxxKITA selalu melopong bila penerbit umum dapat sekian-sekian juta, lepas itu diagih-agihkan pula dengan krew dan pelakon dengan mock cheque dengan jumlah yang buat kita teguk air liur saja memerhatikannya. Kita pun terbayang, alanglah bahagianya dapat bonus besar-besar. Tapi terfikirkah kita apakah semua itu cerita betul? 

Kerana, tak semuanya seindah gendang yang dipalu. Macam cerita Azad Jazmin yang kononnya diumum dapat RM10,000 lepas filem Ngangkung kutip RM8.6 juta, hanya dapat RM4,000.

Kata Azad, lepas dapat cek sebanyak itu, dia terus “belah” tinggalkan MIG. Dia kata dia bengang kerana penerbit tunjuk pada media cek RM10,000 tapi yang dia terima hanya   RM4,000.

Bila tanya tak nyesal ke tinggalkan MIG yang produktif buat filem dan drama, Azad kata dia rasa rezeki dia lagi banyak di luar.

Selain akan asah bakatnya dalam bidang nyanyian dan sebagai penyanyi dan akan muncul dengan single sulungnya di bawah FGM Productions, Azad sekarang ini baru saja habis penggambaran filem Bohsia 2 di bawah Skop Productions dan menjadi pelakon utama drama bersiri baru, Metro Skuad (bakal menggantikan Gerak Khas). Dalam siri itu, Azad pegang watak sebagai ASP Azat.

“Saya tak pernah gaduh dengan David atau sesiapa, cuma saya rasa saya patut berdikari dan kena banyak berlakon dengan penerbit Melayu yang ada. Saya rasa lepas keluar MIG, rezeki makin bertambah,” kata Azad.

Bulan depan, Azad sudah sibuk dengan penggambaran filem “SAM” dan lepas itu pula katanya dia akan keluar filem sendiri bertajuk, “Anak Hantu Pulau” dan dia juga sudah dijanjikan berlakon sebuah lagi filem dengan Skop, iaitu filem romantic komedi, yang sudah ada judulnya, iaitu “Kurapat Lagi”

Begitulah cerita Azad yang sekarang ini sedang bekerja kuat untuk kumpul duit. Maklumlah, dia dah bercadang naik pelamin dengan buah hatinya, pelakon Eira Syazira tahun depan.

Tapi, Azad, macam mana dengan lebihan bonus RM6,000 MIG itu? Yelah, duit itu boleh juga tambah-tambah buat dulang hantaran atau beli cincin tunang nanti? Manalah tahu,  David bagi RM4,000 dulu, yang selebihnya dia bagi kemudian. Takkan dia boleh lupa pulak yang dia sudah umum pada semua bonus RM10,000. Dan, takkan dia boleh silap dan tak perasan di antara jumlah RM4,000 dan RM10,000 itu cukup jauh bezanya.

Apa-apapun, tentu ada penjelasan yang betul, atau Azad ni tak sabar agaknya….manalah tahu…-20/6/2011

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 386  tetamu dalam talian