15Ogos2020

Agenda Daily

Eh, apasal muka dia macam itu?

SEKARANG ini TV3 sedang tayang sebuah drama bersiri. Elok rasanya saya tak sebut nama drama itu. Ceritanya boleh tahan, tapi yang saya rasa macam tak boleh tahan. Sebab apa? Sebab pelakon utama cerita itu yang buat saya terkejut beruk. Kenapa muka dia jadi herot macam tu?

 

Saya ingat kerana TV saya yang buat gambar jadi kembang. Tapi bila beberapa orang bagi soalan yang sama, saya rasa bukan salah TV. Sebab tiap kali drama itu main di TV, mesti melayang-layang datang sms tanya macam ni, “Eh, you tengok drama dot dot dot tak? Apasal muka dia jadi macam tu eh?

 

Saya pun bagi jawapan biasa. Lalu balas sms kawan tadi, “Dia tak suluh kat cermin ke muka dia? Aku ingat rumah dia tak de cermin la!!”

 

Ha, begitulah wahai artis-artis. Tiap kali ada perubahan fizikal dekat muka, tentulah orang perasan. Sedangkan yang dalam badan pun kalau berubah bentuk orang boleh perasan, inikan pula perubahan pada muka. Dan bila muka sudah ubah pesen, ubahsuai, akan jadi bahan lawak dan kutukakanlah.

 

Saya pun jadi heran, betul-betul heran dan tak faham. Kalau ubah jadi cantik, satu hallah jugak. Dari buruk jadi cantik. Tapi biasalah, yang ubah dan buat renovation muka ni mana ada yang jadi makin cantik.Tambah teruk adalah. Bengkak sana sini, sembab dan tembam semacam. Dan yang sedihnya, mereka ni tak ada mata ke, atau bak kata kawan saya tadi, tak suluh ke muka kat cermin muka tu macam mana?

 

Sebab yang nampak jelas, muka artis yang pegang watak utama dalam drama  itu, sudah jadi herot. Pipi dah berketul pulak macam watak utama Walt Disney dalam Hunchback Of Notredam, iaitu Quasimodo. Tak percaya, cuba anda google gambar Quasimodo yang pipinya berketul-ketul….

 

Aduhai, nak cantik jadi buruk. Tak tahulah itu bahana botox atau suntikan Vitamin C atau kolagen yang tak menjadi. Kadang-kadang saya jadi kasihan dengan golongan artis ni yang jadi obsess tak tentu pasal tentang nak cantik. Alasan sebab, itu (kecantikan) itu adalah aset, sumber mereka untuk cari makan.

 

Dan, kerana keinginan nak cantik, sampai jadi buta mata (sebab tak nampak kehodohan sendiri) dan buta hati (sampai tak boleh pertimbangkan yang betul dan salah).

 

Dan saying seribu kali saying buat artis ini.Seingat saya, dia ni masuk dalam kategori cantik orangnya, pandai berpakaian dan nampak cerdiklah bila bercakap. Tapi saya lupa, yang mereka ini walau apapun, tetap ada rasa kurang keyakinan diri. Itu yang buat mereka pilih untuk ‘renovate’ muka.

 

Dan, saya ingat lagi pernah dua atau tiga tahun lepas waktu minum-minum dengannya, saya pernah kata pada artis ni yang dia nampak cun walaupun bukan muda lagi.  Dan saya beritahu dia, “You ni tak payah nak ubah-ubah buat macam-macam macam artis lain tu, you dah cantik. Biarlah ori.”

 

 Dan dia beriya-iya bersetuju….

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 431  tetamu dalam talian