30Mei2020

Agenda Daily

Awie dan Felixa : Doakan yang terbaik buat mereka...

awie-felixaSyukur alhamdulillah model jelita lagi comel, Felixia Yeap kini memeluk Islam.

Felixia yang memilih nama Raisha Rania telah memilih untuk memulakan hidup barunya itu pada hari lahir ke 28 iaitu pada 3 Julai baru-baru ini di masjid Al Ghuffran yang terletak di pinggir Taman Tun Dr Ismail. Tapi bagusnya gadis ini, dia tidak pun memberitahu lokasi peristiwa penting dalam hidupnya itu terutama kepada media, sebaliknya merahsiakannya dan hanya diketahui anggota keluarganya. Sebelum itu, dia secara jujur memberitahu akan memeluk Islam pada hari lahirnya, tapi tidak menyatakan di mana.

Hanya selepas selesai di Islamkan barulah diwar-warkan dan dikhabarkan kepada umum melalui akaun facebooknya. Keluarga tidak menghalang sebaliknya memberikan dia semangat dengan memberikan angpau, ini dinyatakan melalu akaun facebooknya di mana ibunya sendiri datang membawa angpau tersebut sebagai tanda goodluck.

Sesungguhnya itulah cara yang sebaik-baiknya Felixia. Kerana apa yang penting adalah niat dan dilakukan kerana Allah bukan atas nama untuk dapatkan populariti.

Sedangkan ramai artis wanita yang belum pakai tudung pun, baru teragak saja, sudah beritahu media yang "saya akan pakai tudung, tapi bukan sekarang."

Semoga Felixia akan terus istiqomah dalam kehidupan baru, atau seperti dalam istilah yang digunakan dalam akaun facebooknya, kelahiran semula dan semoga menjadi Muslimah sejati.

Sayangnya dalam kegembiraan kita mengalu-alukan kedatangan saudara baru di bulan Ramadan yang mulia ini berita tentang Awie tentulah pahit untuk ditelan.

Awie, 46 berdepan tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Rozana Misbun, 36, hingga menyebabkan wanita itu cedera dan gambarnya bersepah di laman-laman sosial hiburan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana Ampang, dekat Kuala Lumpur, kira-kira jam 1.30 petang, pada 2 Jun lalu.

Berikutan itu, Awie yang nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman didakwa mengikut Selsyen 325 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan vokalis kumpulan Wings ini dikatakan mencederakan isterinya di tempat awam sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius.

Rozana kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Ampang, pada 17 Jun lalu, kerana bimbang kejadian sama akan berulang.

Ahad lalu, selepas tersebarnya beberapa keping gambar isterinya yang mengalami kecederaan di laman sosial, Awie mengaku dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Awie telah minta dibicarakan.

Satu kisah gembira dan satu lagi kisah yang tidak suka kita dengar. Kedua-duanya berlaku di bulan Ramadan, bulan kesabaran dan keinsafan. Ramadan juga bulan yang dikatakan penuh barokah dan rahmat.

Ada kalanya manusia bertindak di luar batas kerana sebab-sebab tertentu. Namun, ia bukanlah boleh dijadikan alasan untuk benteng mempertahankan diri. Jika benar Awie panas baran, sudah tentu ada sebabnya, Tambahan pula dia seorang bintang

yang punya nama dan dikenali ramai selama ini. Dan, khabarnya ada kisah tentang perbelanjaan yang melampaui batasan oleh Rozana yang menyebabkan suaminya tidak dapat mengawal amarah...khabarnya, tidak tahulah di mana kesahihannya.

Rumahtangga mana yang tidak dilanda badai. Hanya mereka, Awie dan Rozana saja yang tahu apa yang berlaku sebenarnya. Semoga ada jalan penyelesaian yang baik buat mereka.Semoga Rozana dan Awie menemui titik pertemuan yang baik dalam kemelut ini. Maklumlah sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hidup bersuami isteri.

Jadi, kita yang berada di luar ini tidak perlulah menuding jari dan menghukum kerana kita bukan hakim. Soal siapa betul dan siapa salah, biarlah mahkamah saja yang menentukan. Mudah-mudahan keberkatan bulan Ramadan yang penuh nikmat dan rahmat ini ada penyudah yang baik untuk mereka....- 4/7/2014- OLEH SAODAH ISMAIL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1199  tetamu dalam talian