22November2019

Agenda Daily

Betul ke Ogy dan Jamal ada apa-apa?

ikon-catatan-odah-150xxxBARU-baru ini ada orang bertanya, apa betul ke Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud ada apa-apa? Apa-apa yang macam mana, tanya saya. Macam, bercintalah.

Lalu saya jawab, kalau ada pun apa salahnya

Ya, apa salahnya. Dua-dua nama besar, punya aura tersendiri dalam bidang masing-masing dan lebih penting, dua-dua telah menempuh pahit manis dengan segala onak dan duri sudah dirasa. Yalah, apa salahnya.

Kedua-dua mereka pun sudah semakin stabil dalam kerjaya masing-masing. Membina kekuatan dari kesilapan dan kesalan masa silam. Jamal makin mantap dan sekarang ini sudah mencanak-canak buat duit dengan berniaga. Ikan arowanalah, produk kecantikan lelakilah dan macam macam lagi.

Ogy pun sekarang sudah berniaga dari kuih muih hingga ke tudung dan sejadah. Sekarang ini sudah jadi Pengarah Urusan syarikat Artistic Preview Sendirian Berhad. Wah, hebat bukan?

Lalu kesempatan berbual dengan Ogy baru-baru ini saya ambil untuk tanyakan soalan tentang desas-desus yang entah bagaimana tersebarnya.

Ogy ini memang tak pernah pusing-pusing atau elak sana sini bila tanya apapun, sekalipun hal peribadi. Dia memang anak seni yang tak takut berdepan apapun, dan akan jawab apa saja yang ditanya. Tidak pernah pun  juga cuba lari-lari, tutup telefon macam kebanyakan artis.

Sambil menceritakan tentang anaknya yang semakin bijak, Ogy jawab soalan saya tentang ‘hubungan dengan Jamal”.

“No la, dia (Jamal) bahagia dan tenang dengan kehidupannya sekarang. Cik Minah saya pula sekarang sudah tinggi, keletah dan berangan nak jadi princess,’ cerita Ogy yang memang saya tahu, cukup bangga dan bahagia menjadi ibu.

Bila saya tanya bagaimana cerita tentang dia dan Jamal boleh terkait, Ogy kata ia bermula apabila dia tulis dalam blognya tentang pengalaman berlakon filem Azura dan bagaimana pertama kali berlakon dengan Jamal.

“Mungkin ia bermula dari situ, mungkin orang sengaja nak hangatkan cerita. Tapi yang penting, memang tak ada apa-apa. Betul,’ kata Ogy.

Tapi kalau adapun apa salahnya, bukan tak boleh. Awak berdua solo, sama-sama sudah makan garam, sudah lebih tenang dan matang.

Sambil ketawa, Ogy kemudian beritahu ia tidak mungkin berlaku.

“Sudahlah, nanti meluat pula orang baca, almaklumlah kita ni bukan muda lagi, sudah masuk kategori warga emas!’ kata Ogy.-29/10/2011

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 474  tetamu dalam talian