15Ogos2020

Agenda Daily

Betul ke Amy Search ganti Ahmad Dhani ?

BILA Astro tidak jadi import itu penyanyi Indon sebagai Pengetua AF9, timbul pula tanda tanya, siapa yang menggantikan tempat Ahmad Dhani itu? Dari kias-kias disebut seorang ‘otai’ dalam dunia muzik….tak mungkinlah Datuk Ahmad Nawab sebab jika dilihat dari pengetua yang sudah-sudah, Astro takkan ambil imej retro. Retro hanya untuk stesen radio Sinar. Jadi otai macam Datuk Mat Nawab (maaf ye abang Mat), gerenti bukan.

Tetapi dalam intaian saya, yang kerap kelihatan di Astro dalam masa terdekat ini adalah Amy Search. Khabarnya dia ke sana jumpa orang kuat Saluran Astro Ria. Kalau betul Amy, fewitttt!!

Selama ini pun Amy memang selalu jadi juri dan belum pernah lagi duduk kerusi Pengetua.

Dan, kalau benar telahan saya, Amy Search yang bakal jadi Pengetua AF9, kita ucap tahniah. Barulah kena. Amy pun bukan calang-calang nama dalam industri dan kalau nak banding dengan Ahmad Dhani…alahai, macam langit dengan bumi jauhnya. Dia bukan saja bersopan, bahkan tak cakap besar, tak celupar dan tak halau wartawan macam anjing seperti yang dibuat dek si Mat Dhani tu dengan dua wartawan TV yang datang nak rakam gambar bininya hamil baru-baru ni.

Apabila kita jadi pengetua, kita mestilah punya cirri-ciri kepimpinan yang boleh diikut, bukan orang yang kita tengok saja, rasa macam nak belasah sebab sifat dan sikap yang angkuh dan sombong.

Dan seandainya betullah Amy Search jadi Pengetua, mesti banyak ilmu yang boleh diturunkan. Maklumlah, dia otai yang bukan saja banyak pengalaman tapi cukup matang dalam dunia muzik, merasa segala susah senang. Cuma saya harap Amy ni satu saja, teruslah jadi Amy, jangan pula jadi ahli politik sudah!

Cuma, agak musykil di hati, berapa jutalah stesen sudah bayar pada Mat Dhani tu kerana tak jadi ambil dia. Yelah, kalau dah sign kontrak tentulah dia boleh saman kalau tak jadi….tapi yelah, segala-galanya boleh diberes dengan sekeping cek…..Astro kan banyak duit! - 3/3/2011

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 389  tetamu dalam talian