19November2019

Agenda Daily

Apabila sanggup buat apa saja untuk berlakon...

wawa-zainal400Tulisan ini bukan berniat menghina atau memandang rendah pada golongan artis. Sebab sebagai orang lama, saya masih mengkekalkan hubungan baik dengan beberapa artis dan masih menghormati mereka, sekalipun tidak lagi dalam arus perdana.

Namun saya menulis ini sekadar menegur sikap segelintir anak muda dalam bidang ini yang menganggap diri mereka sebagai artis.

Sedikit masa lalu, heboh ada laporan tentang seorang artis muda yang membuat pengakuan dirinya dianukan oleh sang pengarah. Hebohlah sana sini orang tertanya-
tanya siapa pengarah itu. Ramailah yang mengutuk pengarah-pengarah kerana mengambil kesempatan ke atas pelakon-pelakon baru.

Dalam dunia hiburan yang penuh dugaan dan godaan, mungkin ada satu dua yang begitu. Bukan dalam dunia lakonan saja, dalam bidang lain pun ada watak yang begitu. Tapi, kalau difikir-fikirkan balik, mustahillah tak boleh tolak, melainkan si pengarah itu acu pistol pada tengkuk atau leher kalau hajatnya tak ditunaikan.

Kalau pelakon itu tidak tergedik-gedik sangat nak berlakon, dan berani menyatakan tidak, sudah tentu ia tidak akan berlaku.

Sebenarnya inilah penyakit sesetengah artis yang baru masuk dalam industri ini. Mereka sanggup buat apa saja asal dapat jadi artis.

Mereka terlalu ingin jadi itu, jadi ini. Pendek kata kerana gedik sangat nak jadi artis, baik pelakon atau penyanyi, disuruh buat apa pun sanggup.

Sebab itu saya tak heran bila Wawa Zainal, budak yang MIG ambil berlakon tapi hilang lama sebab sakit misteri, tapi kemudian muncul buat sidang akhbar mengaku sudah berkahwin dan beranak (setelah bagai nak rak tak mengaku, "Macam mana boleh ada anak kalau tak kawin." seperti yang ditulis dalam twitter sebelum itu).

Kecohlah juga khabarnya sidang akhbar itu sampai suami Wawa menangis. Tak perlulah saya nak ulang cerita pasal kes mereka ini sebab semua orang sudah tahu apa yang mereka dedahkan. Yang sebelumnya dinafikan mentah-mentah oleh mereka berdua. Biarlah, Kahwin dua tiga kali ke empat puluh kali ke itu merekalah yang kena jawab.

Saya cuma tertarik dengan penampilan Wawa yang duduk manis sebelah suami dengan wajah barunya, bertudung. Sangat manis, mungkin naluri keibuan dan status sebagai isteri membawa perubahan itu, kata saya dalam hati.

Rasanya, wartawan yang marah kerana telah kena "kencing" dengan pelakon berlesung pipit itu pun jadi lembut hati sebab perubahan fizikal Wawa itu. Memang boleh cairlah tengok dia hari itu.

Saya tabik siapapun yang jadi penasihat Wawa untuk tampil bertudung pada sidang media itu.

Ramai yang sangka, sudah tentulah setelah apa yang dilalui dan pelbagai tohmahan yang dilemparkan, muhasabah dan transformasi diri adalah jalan yang terbaik untuknya membersihkan nama yang tercalar.

Itu sangka saya dan tentu ramai juga yang sependapat.

Tapi...jeng jeng jeng...petir tidak hari nak hujan. Rupa-rupanya si ibu muda ini belum bersedia untuk terus kekal berhijab kerana katanya dia sedia buka tudung untuk berlakon.

Laa, ingatkan sudah muhasabah diri dan mahu membetulkan segala persepsi yang bukan-bukan?

Benar, dalam Islam tiada paksaan, tetapi bukankah lebih baik begitu (berhijab) jika ia dapat memberikan lebih banyak kebaikan daripada sebaliknya. Apatah lagi dengan kontroversi tentang perkahwinan dan cerita sakit misteri.

Kalau iyapun nak sangat kembali berlakon, tak payahlah keluar kenyataan sanggup korban hijab hanya untuk dapat peluang berlakon.

Sudah ramai artis yang berhijab tapi masih tidak kurang peluang berlakon. Jadi, mengapakah dalam kotak pemikiran Wawa itu boleh fikir dia perlu buka tudung untuk kembali berlakon?

Sebab itu saya katakan, saya tidak salahkan orang yang ambil kesempatan ke atas artis baru. Yang salah adalah mereka yang sanggup dan rela buat apa saja asalkan dapat jadi pelakon.

Kepada Wawa Zainal dan artis-artis muda dan mereka yang tak sabar-sabar nak jadi artis, eloklah guna khidmat PR konsultan. Jadi sajalah artis, tak payah fikir apa nak jawab, apa nak buat, biarlah orang lain yang lebih cerdik berfikir untuk anda. Sebab bila taufan melanda, PR konsultan inilah yang akan bantu buat "damage control" untuk anda.

Eh, kejap..Dik, tanya boleh, ada faham ke maksud damage control?-18/10/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 239  tetamu dalam talian