15November2019

Agenda Daily

Anugerah lawak NGETOP

ikon-catatan-odah-150xxxBARU APABILA orang tanya saya apa komen tentang FFM 24 yang baru lalu, saya hanya kata, saya terhibur dengan Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Johan Raja Lawak. Tapi keputusannya, maaf saya agak keliru dan celaru.

Saya jadi keliru dan tertanya-tanya bagaimana Libas, boleh diangkat untuk menang Anugerah Cerita Asal Terbaik sedangkan terang terang filem itu langsung tak ada originality (ketulenan) kerana bila menontonnya kepala kita terus ternampak filem Stephen Chow, Shaolin Soccer. Atau paling tidak pun, filem Afdlin Sumolah. Tapi itupun dua kali lima juga, pusing-pusing, nampak filem Stephen Chow.

Bagaimana sebuah filem yang apabila kita tonton, ternampak beberapa filem lain di kepala itu, boleh dipilih sebagai  “cerita asal terbaik’. Ada faham ke apa makna istilah cerita asal? Tak tahulah kalau FFM24 sudah ubah erti istilah tersebut tetapi setahu saya, cerita asal itu adalah cerita dari ide asal yang segar(fresh), mantap dan tulen, atau orang putih kata, original. Bukan ‘carbon copy’ atau ceduk-cedukkan dari cerita lain. Takke gitu maknanya? Lawak, memang lawak.

Satu lagi, bagaimana Jurey Latiff , pengarah yang sudah banyak lama mengarah boleh diangkat pula untuk kategori Pengarah Harapan? Bukanke Pengarah Harapan itu diberikan sebagai satu inspirasi dan dorongan kepada seorang  pengarah baru yang baik kerjanya. Kalau Khir Rahman (Anu Dalam Botol) itu dapat memang masuk akal. Dan, oh ya, lupa, pulak, Jurey juga bertindak selaku Presiden Gafim.

Maaflah, Jurey pun kawan saya, tetapi ini soalnya, ini bukan festival untuk bagi sama rata pada kengkawan, Ini Festival Filem Malaysia. Inikah maknanya Gemilang Filem Malaysia, kita pakat-pakat bagi sama rata supaya semua sama rasa, tak ada yang kecil hati. Jadi, sebab itulah agaknya, soal merit, soal siapa yang paling layak dapat kerana memang terbaik, bukan utama. Yang penting, jangan ada ahli kecil hati sebab tak dapat anugerah. Gituke?

Adoi, lawak ke ni? Ini bukan nak cari salah, Tapi ini silap yang tak patut berlaku bagi sebuah acara yang sudah 24 tahun usianya. Sepatutnya pada usia itu bukan saja dah tegap gigi dan gusi, bahkan matang, dan waras dalam tindakan. Sebagai orang yang pernah naik pentas dan pernah juga jadi juri dalam FFM, saya amat keciwa, FFM24 soal merit tidak diutamakan. Kerana, pada akhirnya, kita jugalah yang akan terima padahnya. Orang akan kata, biasalah, FFM memang macam itu.

Dan, belum habis cerita FFM, muncul pula cerita baru dari AIM 18. Khabarnya, Anugerah yang diberikan pada Yuna untuk Lagu Terbaik, Penakut, akan ditarik balik.Nampaknya lain kali, apabila masuk AIM, jangan risau kalau kalah, tapi takutlah kalau menang, sebab nanti kena pulang semua trofi. Macam mana tu? Kalau kena saman malu, kan ke tak berbaloi??

OMG! Dah jadi macam ini pulak dah, baik muzik mahupun filem. Itulah, asyik sangat dengan lawak, Raja Lawak lah, Maharaja Lawaklah, Mega Lawaklah, sampaikan  sekarang industri pun jadi lawak….-24/11/2011

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 287  tetamu dalam talian