19November2019

Agenda Daily

Alkisah baju Sheila Majid di AIM

shielamajidBARU Tahniah diucapkan kepada Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid yang baru-baru ini dapat anugerah di AIM bagi kategori Album Terbaik.Sheila dapat anugerah itu untuk albumnya, The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years Of Sheila Majid.

Saya memang tak terkejut album itu menang, tapi terkejut tengok Sheila malam itu. Macam tak percaya, apabila kamera close-up kat Sheila. Terkejut sebab baju yang Sheila pakai tu macam low cut, jadi nampaklah  lurah sikit. Tapi semasa tu, saya ingat dia pakai ‘inner”, iaitu baju sebelah dalam yang sama warna dengan kulit. Kerana saya kata, tak mungkin Sheila yang sudah lepas haji itu nak pakai baju dedah-dedah gitu.

Tapi apabila Sheila naik pentas, alamak. Saya terkejut besar. Baju dalam atau inner yang saya ingat dia pakai, memang tak ada. Sebab apabila naik pentas, memang jelaslah rupa baju Sheila itu – yang tak berlengan dan leher menjunam (plunging) gitu…

Maaflah, mungkin saya sudah jadi kolot tapi rasanya akan lebih manis jika seorang Ratu itu memakai baju yang lebih sopan, sesuai dengan usia dan status yang telah dicapai selama ini sebagai artis yang disegani dan dihormati remaja dan juga para artis muda.

Saya boleh faham tuntutan dan kehendak artis dalam menjaga imej dan glamour. Tapi ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya. Berfesyenlah. Tapi biarlah sesuai dengan diri dan usia. Kerana, ada baju yang pernah nampak manis di badan, tapi apabila usia memanjat, baju itu sudah kelihatan janggal dan ada kalanya, buruk apabila dipakai. Itulah, kita memang tidak boleh menentang arus. Tapi bukanlah bermakna apabila sudah berumur, tidak boleh berfesyen. Pakailah apapun, tapi suluhlah di cermin dulu, sesuaikah aku begini?

Pakaian memang hak peribadi, tetapi apakah ini contoh yang mahu ditunjukkan kepada anak-anak muda kita? Memang, ramai artis yang sudah pergi haji, tapi balik masih belum terbuka hati untuk berhijab kerana mereka selalunya akan kata, “yang penting nawaitu, bukan luaran.”

Wah, kalau begitu, tak payahlah makan, niat saja di dalam hati setiap kali berasa lapar. Boleh?

Rasanya tidak perlulah saya pergi lebih jauh bab-bab agama, tapi sebagai seorang yang sudah menjalani rukun Islam yang kelima, sudah tentu Sheila dan artis-artis lain yang bergelar Hajjah faham sebab mereka ini lebih maklum tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dan apa peranan mereka dalam industri ini.

Oh ya, jangan marah, ini sekadar teguran dan pandangan ikhlas, tak ada nawaitu lain yang tersembunyi…-15/11/2011

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 225  tetamu dalam talian