15Ogos2020

Agenda Daily

ALKISAH artis dan gelaran Datuk…

 

APABILA History Channel siar dokumentari seniman seperti P Ramlee dan Sudirman, ramai yang sedih pilu. Sedih sebab seniman masa silam, berkorban masa dan jiwa raga untuk seni, walhal waktu itu tidak ada siapapun yang tahu nak nilai mereka.Memang sayang seribu kali sayang, zaman itu orang tak berapa kisah bab menilai dan memberi anugerah pada seniman yang berjasa.

Tapi zaman ini, anugerah bersepah-sepah la pulak. Sana sini orang buat majlis untuk bagi anugerah. Yang dapat datuk, tak usah kiralah, memang ramai artis kita sudah dapat Datuk atau Datuk Paduka.

Begitu juga dengan syarikat-syarikat swasta yang cukup gemar beri anugerah itu dan ini kepada artis, tidak termasuk persatuan-persatuan yang masing-masing buat anugerah untuk bahagi-bahagi sesama mereka. Walaupun ada orang kata membazir, tapi ini juga satu cara untuk bagi semangat pada artis dan industri supaya mereka lebih berdaya saing dan tampil jadi yang terbaik.

 

Pendek kata hari ini, artis dan karyawan seni sangat beruntung kerana penat lelah mereka sudah dihargai. Maklumlah orang seni bukan saja diminati oleh orang kebanyakan, bahkan di kalangan pembesar negeri dan pemimpin negara pun ada artis dan seniman yang mereka suka.

Ini bermakna, hari ini, artis dan seniman yang berjasa, sudah tentu akan dihargai. Dapat gelaran macam-macam. Negara sudah iktiraf seniman berjasa, tidak macam dulu.

Pendek kata, sekarang ni anugerah memang lumayan. Cuma yang dibimbangkan, semakin banyak anugerah diberi, semakin kurang pula kualiti. Dan, lebih tidak sedap lagi apabila yang dapat anugerah itu macam tak kena saja.

Kalau boleh biarlah dapat anugerah dan gelaran itu orang akan kata, “yelah, dia memang layak.” Bukannya dipersoalkan, “eh, dia tu apa jasanya pulak?’

Tak payahlah gundah gulana kalau tak dapat anugerah atau gelaran. Kerana baru-baru ini ada artis yang sudah bagi bayang-bayang nakkan gelaran (pangkat Datuk) sebab sudah lama dia ‘bermastautin” dalam industri ini. Alah mak tuan, apalah ada pada pangkat, sedangkan yang dikenang akhirnya bukanlah gelaran Datuk atau Tan Sri.

Yang tulen itu tetap memancar sinarnya, walau tanpa gelaran sekalipun. - 26/2/2011

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 372  tetamu dalam talian