20November2019

Agenda Daily

Zainal Abidin,bekas Pengerusi UMNO Pulau Pinang meninggal akibat kanser...

Al-Fatihah…Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, meninggal dunia jam 2.07 pagi Isnin akibat penyakit kanser darah (multiple myeloma).
 
Allahyarham yang berusia 58 tahun dan pernah menjadi Ahli Parlimen Nibong Tebal menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.
 
Isteri Allahyarham Datin Seri Syafiqa Amirol Melvin berkata, jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Masjid Sungai Acheh.
 
Zainal Abidin yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO pernah memegang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri dan Timbalan dan Penasihat Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
 
Allahyarham menang kerusi Parlimen Nibong Tebal pada pilihanraya umum 2004 namun tewas di situ pada pilihanraya umum 2008.-27/8/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 743  tetamu dalam talian