19November2019

Agenda Daily

Zahid sahkan semua Ahli Parlimen UMNO tandatangan surat akuan bersumpah berinya kuasa berunding…

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan semua 51 Ahli Parlimen UMNO telah menandatangani surat akaun bersumpah beri kuasa kepadanya untuk merundingkan kerjasama politik dengan parti parti di luar Barisan Nasional.
 
Langkah berkenaan adalah bagi membolehkan UMNO kembali dapat meraih kuasa peringkat pusat.
 
‘Pintu adalah terbuka’ kata Zahid tanpa menyebut parti mana yang UMNO hendak adakan rundingan.
 
Presiden UMNO itu menyatakan demikian Sabtu ketika diminta mengesahkan dakwaan Datuk Nazri Aziz mengenai wujudnya surat akaun bersumpah berkenaan.
 
Nazri kata beliau hendak turun bekempen bantu Datuk Seri Anwar Ibrahim di pilihanraya kecil itu nanti.
 
Zahid bagaimanapun sifatkan cadangan Nazri agar UMNO tidak bertanding di pilihanraya kecil Port Dickson sebagai ‘ pandangan peribadi’.
 
Semalam Jumaat,Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Pakatan Harapan tidak akan terima UMNO dalam gabungan mereka.
 
Katanya ahli UMNO boleh secara individu keluar parti menyertai mana mana parti gabungan Pakatan Harapan.

Kebelakangan ini UMNO telah jalin kerjasama dengan PAS dalam kempen pilihanraya kecil Sungai Kandis,Balakoing dan Seri Setia.

Pada Sabtu Zahid mengetuai sebilangan pimpinan UMNO hadir pada majlis perasmian Muktamar PAS di Kuala Terengganu.- 15/9/2018
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 883  tetamu dalam talian