24September2020

Agenda Daily

Tujuh serah borang bertanding jawatan Presiden UMNO….

Jangan ingat cuma ada tiga calon utama untuk jawatan Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Dr Zahid Hamdi,Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin saja.


Sebenarnya semuanya tujuh orang serah borang pencalonan untuk jawatan nombor satu UMNO itu pada pemilihan parti 30 Jun ini.

Senarai nama semua calon yang layak akan diumumkan esok oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor selepas proses saringan dibuat termasuk di Jabatan Insolvensi bagi memastikan tidak muflis dan sebagainya.

Setiausaha Kerja UMNO Datukl Seri Rauf Yusof memberitahu sidang akhbar selepas tutup pencalonan petang Ahad bahawa untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO pula tiga borang pencalonan diterima.

Untuk Naib Presiden pula Sembilan manakala untuk Majlis Tertinggi UMNO 121.

Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula seramai Sembilan orang tawar diri,Naib Ketua Pemuda Sembilan dan Exco pula 207 orang.

Empat orang serah borang untuk jawatan Ketua Wanita UMNO,enam Naib Ketua dan 88 Exco Wanita.

Bagi jawatan Ketua Puteri juga empat orang,Naib Ketua Puteri enam dan Exco 87.- 17/6/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 411  tetamu dalam talian