20November2019

Agenda Daily

Syed Ali Ketua UMNO Bahagian Cheras keluar parti…

Sejak  dilihat menghadiri  majlis sambutan ulangtahun ke tiga Parti Amanah Negara (PAN) di Temerloh pada Sabtu lalu sudah tersebar luas Ketua UMNO Bahagian Cheras,Kuala Lumpur Datuk Seri Syed Ali AlHabshee akan keluar parti.
 
Isnin ia menjadi kenyataan bila beliau membuat pengumuman berkenaan semasa pertemuan dengan pimpinan UMNO Bahagian Cheras.
 
Syed Ali yang sudah lama memimpin bahagian berkenaan dikenali sebagai seorang pemimpin UMNO yang vokal  ketika menyuarakan pandangan mengenai sebarang isu.
 
Beliau yang pernah menyandang jawatan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan Bendahari kata keputusan beliau tidak dipengaruhi oleh mana mana pihak.
 
Katanya beliau juga tidak akan pengaruhi mana mana pimpinan dan ahli UMNO dalam bahagian Cheras untuk keluar parti.
 
Beliau beri alas an keputusan itu adalah demi menjaga survival bumiputra di Wilayah Persekutuan.-24/9/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 246  tetamu dalam talian