16November2019

Agenda Daily

Satu lawan satu di PRK DUN Balakong dan Seri Setia…ramai pemimpin UMNO turun sokong calon PAS

Tidak ada calon lain yang kacau daun…maka dua pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri  serentak di Balakong dan Seri Setia jadi medan ‘satu lawan satu’.
 
Di DUN Balakong calon BN Tan Chee Teong BN  akan berentap dengan calon PH Wong Siew Ki.
 
Manakala di DUN Seri Setia  pula calon PAS Dr Halimah Ali akan tentang calon PH  Halimey Abu Bakar.
 
Proses penamaan calon di kedua dua tempat yakni Seri Setia di Dewan Sivik MBPJ Petaling Jaya dan Bakalong di Pejabat Daerah Hulu Langat telah berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
 
Sementara itu ramai pimpinan UMNO turun sertai perarakan iringi calon PAS Dr Halimah di Seri Setia.

 
Antaranya Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,Ketua Wanita Datuk Dr Noraini Ahmad,Ketua Puteri Datuk Zahida Zarik Khan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam.
 
Turut kelihatan ialah Exco Pemuda UMNO Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo.
 
Timbalan Presiden PAS Datuk Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai perarakan calon.
 
Manakala di Balakong Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee ka Siong mengetuai perarakan BN dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di pihak PH.- 18/8/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 860  tetamu dalam talian