12November2019

Agenda Daily

Riuh viral berita tidak benar konon ibupejabat UMNO kena serbu polis,SPRM dan ROS…

Sekarang ini apa saja boleh jadi heboh dan viral tidak tentu pasal.
 
Inilah halnya bila gamat seketika tersebar kononnya ibupejabat UMNO Malaysia di PWTC kena serbu dan geledah oleh polis,SPRM dan Pendaftar Pertubuhan(ROS).
 
Sebaliknya gambar gambar itu hanyalah kakitangan ibupejabat UMNO sedang menyusun dan kemaskini Borang 9 A yang akan dihantar kepada ROS.
 
Gara gara itu Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan terpaksa keluar kenyataan pada Jumaat untuk menafikan  penyebaran kononnya berlaku serbuan dan geledah itu.
 
Katanya gambar-gambar yang tular menerusi media sosial adalah kerja-kerja penyusunan dan kemaskini fail-fail pentadbiran di Ibu Pejabat UMNO.
 
“Berita yang mengatakan Ibu Pejabat UMNO digeledah adalah tidak benar kerana gambar-gambar yang tular adalah kakitangan UMNO sendiri yang sedang melakukan kemaskini dan tugasan harian dalam proses penyusunan semula dokumen,” katanya.
 
Jelasnya, UMNO sentiasa memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak dalam apa-apa juga keadaan.- 12/10/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 263  tetamu dalam talian