07Ogos2020

Agenda Daily

PRK Sungai Kandis: Zawawi Mughni calon PKR…BN umum nama petang Jumaat

Siapa calon BN untuk pilihanraya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan negeri Sungai Kandis dekat Klang,Selangor akan diketahui petang Jumaat.
 
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan dijadual umum nama itu di pejabat UMNO bahagian Kota Raja pada jam 4 petang.
 
PKR pula telah memilih pengetua Maahad Tafiz Al-Fateh yang terletak di Jalan Kebun,Zawawi Mughni berusia 48 tahun sebagai calon.
 
Nama beliau diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa melancarkan jentera pilihan raya parti itu di Jalan Kebun, Khamis malam.
 
Ini adalah PRK pertama selepas PRU14.
 
Pilihan raya kecil terpaksa diadakan di DUN Sungai Kandis ekoran penyandangnya Shuhaimi Shafie meninggal dunia pada 2 Julai lalu.
 
Allahyarham menang kerusi itu pada PRU14 dengan majoriti sebanyak 12,480 undi. 
 
Beliau menewaskan calon BN  Kamaruzzaman Johari,Mohd Yusof Abdullah dari PAS dan Hanafiah Husin PSM. 
 
DUN Sungai Kandis mempunyai 50,800 pengundi berdaftar dengan 72 peratus daripadanya ialah Melayu.
 
Penamaan calon pada Sabtu ini manakala tarikh pembuangan undi PRK itu pada 4 Ogos.- 20/7/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 298  tetamu dalam talian