21September2019

Pilihanraya kecil Port Dickson: Undi 13 Oktober…penamaan calon 29 September

Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan Parlimen yang pertama selepas Pilihanraya Umum ke 14 Mei lalu yakni di Port Dickson akan diadakan pada 13 Oktober ini.
 
Penamaan calon pula pada 29 September.
 
Tarikh berkenaan diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.
 
Sebelum ini tiga PRK kawasan Dewan Undangan Negeri yakni di Sungai Kandis,Balakong dan Seri Setia ,Selangor diadakan selepas PRU14.
 
PRK Port Dickson diadakan ekoran ‘Langkah PD’ dimana wakil rakyat PKR Datuk Danyal Bagagopal Abdullah letak jawatan pada 12 September lalu untuk beri laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
 
Sewaktu PRU14  Danyal menang kerusi itu dengan majoriti  17,710 votes menewaskan calon BN  Datuk V.S Mogan dan calon PAS Mahfuz Roslan.- 20/9/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 228  tetamu dalam talian