15Ogos2020

Agenda Daily

Pelabur keluar, hasil cukai kurang... Malaysia menuju krisis

Ekonomi yang kukuh di zaman pemerintahan BN kini melemah ekoran kekurangan pelaburan asing dan Malaysia perlahan-lahan menuju satu lagi pusingan krisis kewangan.

Lebih parah dengan kekurangan pelaburan asing, kerajaan juga bakal kekurangan wang hasil cukai selepas memansuhkan GST dan digantikan SST.

Dari mana nak dapat duit untuk perbelanjaan menguruskan kerajaan? siapa yang akan jadi mangsa?

Untuk rekod, di Bursa Malaysia pegangan bon asing meneruskan penurunan pada Jun dengan mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM6.7 bilion, walaupun lebih rendah daripada RM12.0 bilion yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

RAM Rating Services Bhd dalam satu kenyataan pada Rabu berkata pegangan asing berjumlah RM185.8 bilion pada akhir Jun, turun 3.5 peratus bulan ke bulan berikutan langkah mengehadkan kecairan global dan ketegangan perdagangan memuncak yang mengancam prospek perdagangan dan pertumbuhan.

“Pada Jun, terbitan bon korporat menyederhana kepada RM6.8 bilion, lebih rendah berbanding purata lima bulan sebelumnya iaitu RM9.8 bilion. Bagi setengah tahun pertama tahun ini, terbitan bon korporat meningkat 1.6 peratus tahun ke tahun kepada RM55.7 bilion.

“Kami menjangka kadar kemajuan yang sederhana bagi tempoh berbaki tahun ini terutamanya bagi entiti berkaitan infrastruktur dan separa kerajaan, apabila kerajaan mengambil kira liabiliti luar jangkanya,” kata agensi penarafan itu.-19/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 394  tetamu dalam talian