14Ogos2020

Agenda Daily

Najib persoal di Dewan Rakyat bagaimana kos HSR naik jadi RM110 billion…

Suasana sesi soal jawab pertama sidang Dewan Rakyat pagi Rabu panas seketika panas seketika bila bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak persoalkan bagai mana kerajaan Pakatan Harapan boleh dakwa kos keretapi laju HSR KL-Singapura capai RM110 billion.
 
Ahli Parlimen Pekan itu hairan mengenai angka berkenaan dibuat berbanding kiraan kerajaan BN dulu kerana proses tender antarabangsa projek ini hanya akan tutup pada 28 Disember tahun ini.
 
Katanya tender itu dilaksana secara telus dan akan diputuskan bersama oleh pihak Singapura maka jumlah sebenar belum diketahui kerana tender belum ditutup.
 
Menurut beliau bila ada tender antarabangsa tentu ia sangat kompetatif termasuk dari segi faedah pinjaman.
 
”Saya nak tahu bagaimana YB boleh kata kos projek ini RM110 billion kerana tender terbuka belum lagi tutup.Ini yang saya nak tanya,”katanya.
 
Ini ekoran soalan asal mengenainya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mengenainya kepada Menteri Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali..
 
Turut mencelah bertanya soalan tambahan ialah Ahli Parlimen BN Air Hitam Datuk Seri Wee Ka Siong.
 
Azmin nyata tidak dapat beri jawapan yang meyakinkan kecuali menegaskan menjadi dasar kerajaan baru memastikan semua projek tidak membebankan rakyat.
 
Beliau juga mendakwa terdapat ‘hidden cost’ dalam projek berkenaan hingga menyebabkan kosnya naik.
 
Menurut Azmin beliau akan ke Singapura untuk berbincang dengan menteri berkenaan di sana soal projek itu.
 
Wee dalam soalnya ingin tahu mengapa berlaku ‘flip flop’ dalam keputusan kerajaan Pakatan Harapan dimana mulanya kata nak batalkan HSR tetapi kemudian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kata nak kaji balik.
 
Beliau pelik mengenai kenaikan kos kerana anggaran kos oleh kerajaan BN untuk projek itu ialah antara RM55 billion ke RM74 billion.- 18/7/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 350  tetamu dalam talian