20November2019

Agenda Daily

Musa Aman sudah pulang petang Selasa…

Setelah meninggalkan negara pada 16 Mei lalu untuk jalani rawatan di London,bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pulang petang Selasa.
 
Beliau tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang dengan pesawat dari Lapangan Terbang Selatar Singapura pada jam 6.45 petang.
 
Ketibaan beliau pulang disahkan menerusi kenyataan oleh Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafar Ali.
 
Musa tidak melalui proses pemeriksaan imigresen biasa kerana masalah kesihatan.
 
Difahamkan beliau terus dibawa ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya.
 
Musa perlu angkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sibuga sebelum 11 September ini.
 
Jika tidak kerusi berkenaan akan diisytihar kosong.
 
Speaker Dun Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali berkata arahan itu selaras dengan Perlembagaan Negeri yang memberi tempoh tiga bulan selepas sidang DUN pertama bagi wakil rakyat dipilih untuk mengangkat sumpah.
 
DUN Sabah pertama kali bersidang pada 11 Jun selepas PRU14, 9 Mei lalu.
 
“Tan Sri Musa tidak perlu tunggu hingga 11 September dan boleh mengangkat sumpah pada bila-bila masa sebelum tarikh itu,” katanya.- 21/8/2018
 
 
 
BERITA SEBELUM INI : Musa Aman akan pulang ke tanah air...
 
 
Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akan kembali ke tanah air selepas menerima rawatan di The Clementine Churchill Hospital, London, walaupun tindakan itu bertentangan dengan nasihat doktor yang merawatnya.
 
Bekas setiausaha politiknya Joh Wid yang juga pegawai khas kepada Musa memaklumkan perkara itu dalam status yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau Selasa. 
 
"Sebelum itu dia (Musa) perlu dirujuk ke Mount Elizabeth Hospital Singapura untuk menerima rawatan susulan. Hospital ini ialah hospital yang memegang rekod perubatan beliau sejak 30 tahun lalu," katanya.
 
Beliau berkata kehilangan Musa sebelum ini adalah kerana bekas ketua menteri itu memerlukan rawatan susulan selepas menjalani beberapa prosedur rawatan pembedahan pintasan jantung bagi memastikan keadaannya stabil. 
 
"Kini, tiba masanya dia pulang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa paksaan mana-mana pihak," katanya.
 
Sebelum ini, ada pihak mendakwa Musa ‘melarikan’ diri ke London bagi mengelak beberapa siasatan pihak berkuasa ke atasnya, namun menerusi kenyataan beliau menjelaskan bahawa tindakan meninggalkan negara pada 16 Mei lepas itu adalah untuk menjalani rawatan perubatan di sana.
 
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali dilaporkan berkata Musa mempunyai masa hingga 11 Sept depan untuk mengangkat sumpah sebagai ADUN dan kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan beliau kehilangan kerusi DUN Sungai Sibuga yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lepas.- 21/8/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1271  tetamu dalam talian