21September2020

Agenda Daily

MP UMNO Bagan Serai,Dr Noor Azmi keluar parti...

Dari 54 orang kini Ahli Parlimen UMNO tinggal 53.Ini gara-gara Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali umum keluar UMNO dan BN pada pagi Ahad.
 
Beliau buat pengumuman itu dalam sidang akhbar di pusat khidmatnya di Bagan Serai.
 
Katanya beliau kini menjadi wakil rakyat bebas dan mengumumkan menyokong kepimimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 
Beliau turut mengumumkan menyokong kerajaan Pakatan Harapan termasuk Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.
 
“Keputusan ini ambil selepas mengambil kira kepentingan rakyat yang saya wakili dan demi kepentingan agama, bangsa dan negara,” katanya.
 
Pada PRU14 Dr Noor Azmi yang dapat 17,220 undi memang menewaskan calon PKR Adam Asmuni 12,987 undi dan Ustazah Rohaya Bakar PAS 17,048 dengan majoriti cuma 172 undi.- 24/6/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 434  tetamu dalam talian