Dr Mahathir sahkan Datuk Mohamad Ariff Speaker Dewan Rakyat
- Terakhir dikemaskini: 15 Julai 2018
- By WARTAWAN AGENDADAILY

“Ya, beliau adalah seorang bekas hakim.” Itu kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.
Pengesahan ini menamatkan pelbagai spekulasi mengenai lantikan ke jawatan itu pada mesyuarat pertama sidang Dewan Rakyat mulai esok Isnin sejak Pakatan Harapan ambilalih kerajaan.
Ditanya wartawan mengenai hal itu di Kuching pagi Ahad,Dr Mahathir kata lantikan itu akan diumumkan tidak lama lagi.
Urusan pertama sidang Dewan Rakyat selama 20 hari mulai Isnin adalah pelantikan Speaker Dewan Rakyat, diikuti majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat dan pelantikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Sebelum ini antara nama yang jadi bahan spekulais dilantik Speaker Dewan Rakyat ialah Lim Kit Siang.
Tan Sri Pandikar Amin Mulia pegang jawatan itu sebelum PRU14.- 15/7/2018
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.