21September2020

Agenda Daily

Amirudin Shari…orang kuat Azmin Ali dilantik Menteri Besar Selangor

Nampaknya Datuk Seri Azmin Ali terus mengekalkan penguasaan keatas Selangor sekalipun sudah melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar untuk menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam kerajaan pusat Pakatan Harapan.
 
Orang kuatnya malah dianggap sebagai bayangnya yakni Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Tua,Amiruddin Shari dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
 
Amirudin,38 angkat sumpah jawatan depan Sultan Selangor pagi Selasa.
 
Beliau dikira masih junior dalam arina kepimpinan PKR negeri dan pusat.
 
Amirudin ialah Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi dalam cabinet negeri Azmin.
 
Beliau diketahui umum orang kuat Azmin dalam PKR Bahagian Gombak.
 
Selangor ialah base politik Azmin yang juga Timbalan Presiden PKRdan Pengerusi PKR Selangor.- 19/6/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 485  tetamu dalam talian