12Disember2019

Agenda Daily

Ramadhan dan idulfitri di hospital

Saiz badan saya memang besar sejak dari kecil lagi. Hanya ketika berusia 16 hingg 17 tahun dapatlah memakai selur berlilitan 26 hingga 28 inci, Selain daripada itu, sama ada dua kali ganda daripada ukuran lilitan itu apapun kurang sedikit.

 

Sejak kecil, hanya sekali saya mendapat rawatan di hospital iaitu kira-kira seminggu sebelum menduduki peperiksaan Malaysia Certificate of Education padda tahun 1976. Itupun kerana penyakit yang dicari kerana pada suatu hari saya telah memakan sekuali sambal jering tua.

Akibatnya saluran kencing tersumbat dan air tidak dapat dilepaskan kerana salurannya dipenuhi getah jering. Bagi orang Melayu istilah untuk menerangkan masalah ini dipanggil ‘kena ikat’

Sejak daripada itu, 20 tahun kemudian baharulah saya kembali ke Hospital Kuala Lumpur - kali ini tersumbat lagi, tetapi bukan kerana jering. Saluran kencing tersumbat kerana ada batu karang. Terpaksa dibuat ‘blasting; iaitu memecahkan batu berkenaan tanpa perlu melalui pembedahan.

Walaupun bunyinya mudah, saya tersadai selama 22 hari di HKL kerana menunggu giliran serta prosedur yang ada. Penyelesaian tidak berakhir di HKL tetapi kena sambung di sebuah hospital swasta d ibukota kerana percikan batu yang dipecahkan dalam saluran melekat pula berhampiran pundi air kencing dan akhirnya terpaksa menjalani pembedahajn juga.

Selang empat tahun kemudian saya terpaksa berehat di sebuah hospital swasta di Kajang pula. Peliknya…selama 22 hari juga. Kali ini pada bulan Ramadhan - bulan berpuasa. Orang lain berpuasalah tetapi saya tidak kerana dinasihatkan oleh doktor untuk tidak mengabaikan pemakanan perubatan.

Berehat di hospital inilah yang menjadi kenangan yang mendalam kepada saya, mungkin kepada keluarga juga. Saya dimasukkan ke hospital pada kira-kira 1.00 pagi menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam dari Unit Kajang. Empat orang anggota dan seorang doktor iaitu Kapten Dr. Zaharuddin Abdullah yang juga pegawai bersekutu unit berkenaan bergegas memasukkan saya ke hospital.

Di sana seorang lagi pegawai bersekutu iaitu Major Dr. Yusof Kassim telah sedia menunggu dan dalam masa beberapa jam, tiga orang doktor pakar lain telah dipanggil untuk memeriksa keadaan saya. Segala kemungkinan diperiksa dari kaki yang bengkak hinggalah ke parau-paru dan jantung selain daripada tekanan darah yang amat tinggi.

Seminggu tinggal di hospital, pada suatu pagi saya dikejutkan dengan dentuman mercun atau bunga api. Oleh kerana mata agak mengantuk, saya tidak ambil pusing sangat sehinggalah terdengan pula bunyi sirn ambulans, bukan satu tetapi tiga.

Apabila sudah riuah di sekitar hospital, barulah saya menjenguk keluar melalui tingkat di tingkat tiga. Rupa0rupanya dentuman tadi bukannya bunyi mercun tetapi senapang. Ada rompakan di bank berhadapan bangunan hospital.

Tembak menembak mengakibatkan seorang pengawal keselamatan yang mengawasi kutipan wang maut. Selepas rebah, beliau dikejarkan ke hospital saya dirawat tetapi kecederaan para di kepala dan mukanya mengakibatkan beliau kembali ke rahmatullah.

Tidak lama kemudian keboh lagi di hospital kerana rupa-rupanya ada seorang pesakit wanita yang duduk di tingkat dua terkena serpihan tembakan melalui tingkat biliknya. Wanita itu adalah isteri kepada rakan saya.

Lebih membuat saya berisytifar panjang ialah sehari sebelum kejadian sayalah yang duduk di bilik itu dan minta ditukarkan ke bilik lain di tingkat tiga demi kemudahan pelawat yang datang.

Tinggal di hospital selama 22 hari bukanlah tempoh yang singkat. Doktor pula rakan rapat yang cukup mengawasi pergerakan dan pemakanan saya. Mereka tahu, saya seorang yang tiada disiplin apabila menghadap makanan.

Dr. Yusof selalu balik ke rumah jam 10 malam dan pada suatu hari, setelah pasti beliau meninggalkan hospital, saya pula keluar dari hospital menaiki kereta yang dibawa oleh isteri. Kami pergi ke rumah seorang rakan kerana meraikan sambutan Deepavali. Oleh kerana dah lama makan makanan hospital, dijamu dengan tose, capati, vade, masalodeh dan sebagainya memanglah sangat menyelerakan.

Jam 12 tengah malam baharulah kami kembali ke hospital. Sebaik melangkah masuk ke pintu utama, Dr. Yusof tercegat di sana dan terus bertanya saya dari mana. Kantoi…terpaksa berterus-terang sahaja.

Dua hari menjelang hariraya, Dr. Yusof bertanya sama ada saya mahu pulang ke rumah. Sebagai rakan, dia pasti mengenali sangat perangai saya iaitu jika tak diberi cutipun saya akan balik juga. Maka bercutilah saya selama tiga hari untuk merayakan idulfitri bersama anak-anak dan saudara-mara..

Pada hariraya kedua saya sudah kembali ke hospital. Bandar Kajang jelas lengang. Begitu juga dengan hospital. Tidak banyak pesakit, kakitanganpun ramai yang bercuti. Pada sebelah petang, datanglah beberapa orang rakan membawa lemang dan rendang, Ada juga yang membawa kuih-muih dan tidak ketinggalan bunga bagi penyeri.

Mereka ini adalah rakan sejati kerana tatkala mendapat rawatan di Hospital Serdang baru-baru ini, mereka tetap muncul….. Terima kasih kawan-kawan.-18/9/2009

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 351  tetamu dalam talian