26Mei2020

Agenda Daily

Tulisan-tulisan Najib meresahkan kerajaan PH...

Mungkinkah pertuduhan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan ditambah lagi selepas ini?

Tambahlah hingga 100 pertuduhan sekali pun, rakyat sekarang lebih minat dengan mahkamah media dan bukannya mahkamah sebenar.

Sebab itu pihak pendakwa raya tidak suka dengan tindakan Najib yang aktif menggunakan media sosial untuk menjawab dan memberi penjelasan terhadap berbagai tuduhan dan isu terhadap dirinya.

Nampak rejim Tun Mahathir Mohamad termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) amat tertekan dengan hantaran Najib.

Jawapan Najib sebenarnya lebih berfakta, malahan bidasan beliau amat tepat dan cukup tajam. Bahasa yang digunakan menerusi media sosial juga adalah ringkas dan mudah difahami pembaca.

Antara individu yang paling tertekan dengan Facebook dan Twitter daripada Najib ialah Lim Guan Eng. Setiausaha Agung DAP itu cuba menggunakan Parlimen untuk membuat pelbagai pendedahan dan tuduhan.

Tetapi apabila dijawab segera secara berfakta oleh Najib, Guan Eng pula gelabah langsung tidak dapat menjawab balik status yang dimuat naik oleh bekas menteri kewangan tersebut.

Sebab itu puluhan dan mungkin ratusan pertuduhan tambahan adalah tindak balas PH terhadap Najib yang gigih berterusan memberi pencerahan dengan menggunakan media sosial.

Posting Najib menjadi rujukan kepada rakyat. Hantaran tersebut menjadikan Mahathir bertambah marah shock and awe iaitu terkejut dan terpegun kerana dishare” dan diviralkan secara meluas.

Tahniah Najib!-4/10/2018

Penulis merupakan bekas Ketua Pengarah JASA

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 391  tetamu dalam talian