26Mei2020

Agenda Daily

SPR berat sebelah... hanya buat laporan polis pada Najib?

Pengerusi baru SPR Azhar Harun nampaknya perlu jawab isu pertama selepas perlantikannya... iaitu berat sebelah.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung laporan polis yang dibuat hanya terhadap beliau sebagai pihak yang melakukan kesalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.

Najib berkata, kenyataan Bersih bahawa SPR membuat laporan polis terhadap beliau sedangkan pertubuhan itu telah memfailkan aduan kepada SPR mengenai semua kesalahan pilihan raya oleh Umno dan PKR sebagai satu tuduan serius.

"Ini bermakna Bersih telah lepas tangan dan menuduh SPR sebagai pihak yang pilih kasih kerana hanya membuat laporan polis terhadap saya tetapi tidak terhadap PKR dan calon PKR.

"Saya ingin tahu apa penjelasan pihak SPR kerana sebagai pihak yang patut berlaku adil, tuduhan Bersih terhadap mereka ini adalah amat serius," kata Najib dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, pihak polis berkata akan memanggil Najib untuk disoal siasat mengenai gesaan beliau di media sosial supaya pengundi memilih calon UMNO pada hari pengundian.

Berdasarkan Seksyen 26 (1) (a) dan (f) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkempen pada hari mengundi merupakan suatu kesalahan pilihan raya.

Semalam sebuah media dalam talian melaporkan Bersih menafikan membuat laporan polis terhadap Najib mengenai dakwaan kesalahan pilihan raya pada PRK Sungai Kandis. Sebaliknya laporan polis tersebut telah dibuat oleh SPR.

Bersih menjelaskan telah memfailkan aduan kepada SPR mengenai semua kesalahan pilihan raya oleh kedua-dua UMNO dan PKR.-3/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 430  tetamu dalam talian