22Januari2020

Agenda Daily

Pemuda Johor seru rakyat tolak pandangan Mahathir

Pergerakan Pemuda UMNO Johor sepakat menolak pandangan negatif Tun Mahathir mengenai Bangsa Johor.

Nikmat kemerdekaan yang ada hari ini adalah hasil pemuafakatan daripada pemimpin pelbagai lapisan kaum. Cetusan semangat negara bangsa ini mengakar dari cetusan idea Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, yang merupakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Lipatan sejarah menunjukkan idea pembentukan Bangsa Johor ini telah sekian lama wujud. Roh dan semangatnya tidak pernah padam di dalam menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.

Tun Mahathir seharusnya jelas, bahawa bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.

Pemuda UMNO Johor kesal dengan isu yang timbul di atas kenyataan Tun Mahathir tentang semangat kebangsaan negeri seperti "Bangsa Johor" adalah tidak sihat serta membawa kepada keruntuhan permuafakatan persekutuan.

Tun Mahathir seharusnya lebih faham tentang betapa pentingnya muafakat dan perpaduan yang dibawa oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan kepimpinan Johor iaitu YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin melalui Bangsa Johor khususnya di dalam keadaan negara kita yang mana api perkauman yang sering diusik oleh ramai pihak tidak bertanggungjawab.

Cukuplah dengan situasi negara kita hari ini, perpaduan yang selama ini terjalin kian retak menanti belah, kerana percayakan guruh, habis air ditempayan dicurahkan.

Di sini, Pergerakan Pemuda UMNO Johor sepakat menolak pandangan negatif Tun Mahathir mengenai Bangsa Johor.

Pemuda UMNO Johor juga ingin mendesak agar Tun Dr Mahathir berhenti dari mempertikaikan dan memberi persepsi tidak benar tentang Bangsa Johor. Ini adalah kerana, tindakan sedemikian akan menimbulkan lagi perpecahan dan segregasi yang sudah ada pada hari ini.

Pemuda UMNO Johor juga menyeru agar Bangsa Johor terus bermuafakat menolak dan tidak membenarkan orang lain cuba merosakan gagasan perpaduan ini walau dengan apa cara sekalipun.

Pemuda UMNO Johor sentiasa menyokong dan bersama - sama dengan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar serta kepimpinan YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin memimpin dan menerajui Johor serta Bangsa Johor.

Allah peliharakan Sultan. Johor tetap menjadi Johor.

Hahasrin Hashim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 302  tetamu dalam talian