14Disember2019

Agenda Daily

PAS tidak ambil sikap 'memencilkan' Najib - Abdul Hadi

PAS tidak kisah jika Datuk Seri Najib Razak turut berkempen membantu calonnya dalam pilihanraya kecil Seri Setia.

Berbeza dengan pendekatan beberapa pemimpin UMNO yang mahu 'memencilkan' bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya tidak menutup pintu buat sesiapa termasuk bekas perdana menteri itu.

“Kita tidak tutup pintu kepada semua, terpulang kepada pandangan masing-masing perlu atau tidak untuk datang,” katanya kepada media.

Najib dilaporkan “mahu berehat” daripada berkempen dalam siri pilihan raya kecil, yang berlangsung mulai Sabtu ini, termasuk di Balakong.

Tindakannya dipercayai akibat desakan dalam UMNO agar beliau “menjarakkan diri” setelah parti itu tewas di Sungai Kandis baru-baru ini.

Desakan ini dimulakan seminggu lalu oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

“Perlukah UMNO merehatkan Najib daripada menyertai kempen-kempen pilihanraya akan datang?” tulisannya dalam satu surat terbuka.

Tulisan panjang bekas menteri itu membayangkan kes rasuah Najib dan rampasan aset keluarganya mungkin mempengaruhi pengundi di situ.

Untuk rekod, Johari yang kalah di Parlimen Titiwangsa adalah Menteri Kewangan kedua di zaman Najib.

Selain Johari, turut mengambil pendirian serupa adalah Ahli Parlimen Mersing Datuk Seri Latiff Ahmad, Datuk Seri Khaled Nordin, dan Datuk Seri Nazri Aziz.

Ditanya sikap PAS terhadap MCA di Balakong, Abdul Hadi hanya mengangguk dan menjawab “insya-Allah, kerana kita sama-sama semangat pembangkang.”

PAS diberi laluan bertanding di Seri Setia dengan sokongan UMNO setelah parti Islam memberikan sokongan kepada parti itu di Sungai Kandis.-16/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 463  tetamu dalam talian