21September2020

Agenda Daily

Najib, Tun M ucap tahniah pada Zahid...

Dua bekas Presiden UMNO mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas dipilih menjadi pemimpin nombor satu parti tersebut.

Bekas Presiden UMNO ke tujuh, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu perlu dalam usaha memulihkan kekuatan parti dan mengangkat perjuangan agama, bangsa dan negara.

Kata Najib, ahli UMNO juga perlu meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dalam usaha membina semula kekuatan parti.

“Kita juga hendaklah belajar daripada kesilapan lepas, kuatkan perpaduan dan kasih sayang sesama ahli UMNO,” katanya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas kemenangan beliau sebagai Presiden UMNO baharu bagi penggal 2018-2021 dalam pemilihan parti itu yang diadakan semalam.

Najib yang juga bekas Presiden UMNO turut mengucapkan tahniah kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan selepas dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO baharu.

Sementara itu, bekas Presiden UMNO ke empat, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucap tahniah kepada Zahid kerana terpilih menjadi Presiden UMNO baharu bagi penggal 2018/2021.

Perdana Menteri berkata, kemenangan yang diperoleh beliau cukup besar.

"Tahniahlah... Saya ucap tahniah kerana menang. Kemenangannya membuktikan bahawa beliau (Zahid) disayangi orang UMNO," katanya yang ditemui selepas meninjau persiapan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, Kuah pagi Ahad.

Beliau yang juga Ahli Parlimen PPBM Langkawi, berkata demikian ketika diminta mengulas kemenangan Ahmad Zahid yang terus mendapat kepercayaan dan keyakinan ahli UMNO apabila dipilih sebagai Presiden UMNO baharu.

Keputusan itu sekali gus menjulang Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang sebelum ini menjalankan tugas pemangku Presiden UMNO sebagai Presiden UMNO kelapan.-1/7/2018 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 302  tetamu dalam talian