Mustapha Mohamad ‘lompat’ masuk PPBM…
- Terakhir dikemaskini: 27 Oktober 2018
- By WARTAWAN AGENDADAILY

Seperti diduga Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), selepas keluar dari UMNO pada 18 September lalu untuk jadi Ahli Parlimen Bebas.
Beliau menyerahkan borang penyertaan ahli parti itu kepada Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad di ibupejabat PPBM di Petaling jaya Jumaat malam.
Langkah ini bermakna jumlah Ahli Parlimen PPBM yang kini 13 orang bertambah jadi 14.
Mustapha ialah kalangan lima orang Ahli Parlimen BN-UMNO yang keluar parti selepas BN tewas pada PRU14.
Setakat ini cuma beliau yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan seorang saja yang ‘ lompat’ sertai PPBM.- 26/10/2018
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.