21September2019

Menteri Kewangan kita kelakar - Najib

Menteri Kewangan kita kelakar. Dia bercakap seolah-olah Kerajaan berhenti menerima hasil sejak 9 Mei.

"Harungi 5 bulan mencabar berbekalkan RM450 juta" ?

Saya kongsikan maklumat hasil kerajaan

Hasil Kerajaan 2018:

Januari  RM18.9b
Februari RM11.5b
Mac   RM24.0b
April   RM17.6b
Mei   RM20.8b
Jun  RM14.1b
Julai  RM21.3b
Ogos  RM17.4b

Angka-angka ini tertera jelas di laman Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan.

Setiap bulan Kerajaan menerima hasil cukai. Misalnya cukai GST atau kini SST, ataupun dalam slip gaji kami ada tertera potongan cukai bulanan.

Sejak bulan Mei hingga Ogos lalu, Kerajaan sepatutnya telah menerima hasil cukai sebanyak kira-kira RM74 bilion.

Pada bulan Mei sahaja RM20.8 bilion.

Januari hinggga April iaitu 4 bulan pertama kerajaan terima RM72 bilion. RM2 bilion kurang daripada apa yang Kerajaan PH dapat bagi 4 bulan seterusnya Mei-Ogos.

Bagaimana "mencabar" kerja Lim Guan Eng saya tidak pasti. Ataupun duit itu "hilang"?

Jika duit itu sudah hilang, maka wajarlah Lim Guan Eng disiasat. Ke mana duit itu? Saya rasa rakyat berhak tahu.

Saya setuju jika kata kerja Guan Eng lebih mencabar mulai 1 September, itu sudah tentu.

Mengapa? Kerana SST diperkenalkan menggantikan GST. Rakyat tidak merasai apa-apa manfaat tetapi Kerajaan hilang berpuluh-puluh bilion dan tidak dapat meneruskan banyak inisiatif atau program.

Cukuplah Guan Eng dengan sandiwara dan pembohongan mu.-17/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 249  tetamu dalam talian