05Julai2020

Agenda Daily

Kerajaan anggap hukuman rotan (syariah) sebagai 'barbaric'...

Datuk Seri Anwar Ibrahim  (DSAI) dipetik sebagai berkata beliau “a practising Muslim” tidak bersetuju dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Terengganu terhadap kes lesbian, dan menurutnya “due process not being followed”.

2. Sebagai bakal Perdana Menteri (PM), kata-kata DSAI ini memberi makna dan kesan sangat besar.

3. Kemudian tersebar pula kenyataan Urusetia Pakatan Harapan (PH), yang senada, membantah hukuman itu dengan ulasan yang sangat memeranjatkan!

4. PH menganggap pelaksanaan hukuman sedemikian mengheret Malaysia Baru ke zaman 'barbaric' .... zaman tidak bertamadun.

5. Ini bererti kerajaan Malaysia secara rasmi menganggap hukuman rotan (syariah) sebagai hukuman tidak bertamadun dan 'barbaric'.

6. MasyaAllah ... apakah hukumnya bagi orang Islam yang menganggap hukum Islam itu barbaric?

7. Mungkin para alim ulama boleh menjelaskannya.

8. Harus diingat, kuasa yang dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah Terengganu adalah kuasa yang turut diluluskan Parlimen Malaysia.

9. Dalam kes berkenaan, kita di fahamkan pesalah telah mengaku salah.

10. Maka jenis hukuman adalah mengikut apa yang telah tersedia dikanunkan, bukan semberono hakim atau semberono Peguam Negara.

11. Ia bentuk yang sudah disemak oleh pakar syarak, diluluskan oleh  Dewan Negeri dan diperkenan oleh DYMM Sultan.

12. Jadi DSAI perlu menjelaskan, proses sepatutnya apa yang tidak diikuti.

13. Daripada sudut mana DSAI merasakan intepretasi Islam dibuat secara sempit?

14. Kenyataan urusetia PH adalah bukti nyata pendirian kerajaan hari ini terhadap Islam dan kedudukannya sebagai Agama bagi Persekutuan seperti terpahat dalam perlembagaan negara.

15. Kenyataan ini juga secara langsung memperlekeh  Islam dan menghina Mahkamah Syariah.

16. Suara pemimpin Islam dlm PH sekali lagi bisu dan membuktikan kerajaan ini sudah tidak boleh diharapkan untuk menjaga dan membela syariat Islam.

17. Apa yang
 pasti, suara DAP dan PKR yang sememangnya tidak berteraskan Islam menenggelamkan suara PPBM dan PAN yang terlalu lemah dan terpaksa mengangguk di bawah DAP-led PH.

18. Umat Islam yang cintakan agama dan takut pada Allah swt harus tampil menolak tindakan menghina Islam dan hukum Islam.

19. Barbarickah Brunei,  DSAI?

20. Barbarickah Arab Saudi? Barbarickah Pakistan?

21. Jawablah di akhirat ...

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 389  tetamu dalam talian