05Julai2020

Agenda Daily

Indah khabar dari rupa...

Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam menjadi saksi kepada Manifesto Pakatan Harapan. Dalam manifesto tersebut, Pakatan Harapan telah menjanjikan untuk mengekalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan B40 sebagai manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pemberian BR1M itu terkandung dalam 14 janji utama yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun, jika PH memenangi PRU-14.

Rakyat Malaysia berasa amat gembira dengan janji yang ditawarkan ini kerana dengan adanya BR1M ini, mereka dapat meringankan beban hidup masing-masing.

Namun, indah khabar dari rupa. Rakyat dikhianati oleh pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh mereka sendiri.

Selepas tersebarnya berita tentang kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamed akan menghapuskan BR1M yang kini diperkenalkan diri sebagai Bantuan Sara Hidup.

Ramai rakyat Malaysia langsung tidak bersetuju dengan kenyataan ini dan mengharap agar BR1M terus dikekalkan.

Berita yang amat mengejutkan ini telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia daripada golongan berpendapatan rendah atau kelas sederhana seperti berkecil hati dan marah dengan berita yang kini heboh di laman sosial dan akhbar-akhbar di Malaysia.

Pemimpin-pemimpin ini telah melabelkan rakyat Malaysia sebagai rakyat yang MANJA dan terbiasa dengan bantuan.

Saya amat menyokong dengan kenyataan Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Naib Presiden UMNO pandangan beliau tentang BR1M.
Sememangnya pemberian BR1M ini bukan sahaja meringankan beban penerima dan mengurangkan kos sara hidup, malah bilangan isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah telah menurun 24.3 peratus daripada 52.7 peratus.

Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan BR1M ini telah memberi kesan yang baik kepada rakyat terutamanya golongan yang memerlukan.

Pihak kerajaan seharusnya membuat penambahbaikan daripada sistem pelaksanaan BR1M ini berbanding untuk terus menghapuskannya.

Cadangan-cadangan dari Naib Presiden UMNO, Dato’ Khaled Nordin perlu dijadikan panduan kepada kerajaan Pakatan Harapan pada waktu ini.

Kerajaan perlu memastikan senarai penerima disemak secara berkala bagi memastikan penerima adalah mereka yang layak. Jumlah nilai BR1M juga perlu diberikan mengikut lokaliti atau tempat tinggal serta jumlah isi rumah.

Sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat, seharusnya kerajaan pada hari ini perlu memikirkan tentang kos sara hidup dan kebajikan rakyat.

Rakyat mahu yang terbaik dari pemimpin yang dipilih. Jika kerajaan pada hari ini berkira tentang isu kebajikan rakyat, maka apa yang boleh rakyat harapkan daripada kerajaan Pakatan Harapan ini?-3/9/2018


Penulis merupakan penyelidik di Persatuan Pemikir Muda Johor

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 365  tetamu dalam talian